TAMPIL dengan rekaan yang ekslusif, tudung Fareeda sememangnya
menjadi kegilaan apabila rata-rata wanita di luar sana merupakan 
pengguna setia produk ini.

Namun, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil 
kesempatan di sebalik kemegahan nama produk tersebut dengan me-
ngeluarkan tudung tiruan Fareeda.

Semalam, isteri kepada Fizo Omar, Mawar yang juga merupakan pengusaha 
kepada perniagaan itu telah mengadakan satu sidang media rampasan 
produk tiruan Fareeda.


Fizo Omar berkongsi foto di sidang media rampasan tudung tiruan Fareeda 
menerusi laman Facebooknya

 Mendapat kerjasama daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
 Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), usaha tersebut telah dijalan-
 kan untuk memberi kesedaran kepada pihak tidak bertanggungjawab yang
 menciplak produk syarikat tersebut.

Namun, terdapat juga sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan 
tindakan yang dilaksanakan kerana berpendapat bahawa produk original 
keluaran syarikat tersebut adalah agak mahal dan golongan berpendapatan
rendah hanya mampu membeli produk tiruan.

Malah, mereka turut menambah bahawa produk tiruan yang dikeluarkan 
langsung tidak menjejaskan jualan produk original kerana kualitinya yang 
jauh berbeza.

Selain itu, mereka turut berpendapat rampasan itu adalah dianggap tidak 
wajar kerana pengguna setia tudung Fareeda pasti tahu membezakan 
antara yang original dan produk ciplak.

Walauapapun pendapat orang ramai, rasanya lebih elok jika sesuatu produk
itu mempunyai identiti tersendiri daripada dengan senang-lenang 
mendapat keuntungan daripada hasil rekaan syarikat lain bukan? Bagaimana
pula dengan para pembaca OHBULAN! sekalian-Ohbulan



    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.