ISLAMABAD : Satu video panas mempamerkan aktres Pakistan Meera dan
suaminya, Navid Shahzad, juruterbang keturunan Pakistan yang menetap di 
Amerika Syarikat mencetuskan kontroversi selepas ia tersebar di Internet.

Sebuah mahkamah Pakistan di sini semalam mengeluarkan waran tangkap
terhadap pasangan berkenaan, Polis diarah membawa mereka ke mahkamah
pada 2 April ini berhubung video panas itu.



Hakim mengeluarkan perintah selepas menerima petisyen yang menuduh 
Meera dan Navid melakukan dosa dengan merakam babak seks.

Tuduhan itu mendakwa pasangan berkenaan menyebarkan maksiat dan
menggesa mahkamah menangkap mereka untuk dijadikan teladan.

David bagaimanapun berkata kes itu sepatutnya tidak timbul kerana mereka
sudah berkahwin,Video itu dimuat naik oleh orang tidak dikenali dan tersebar
di beberapa laman web sejak beberapa hari lalu. 

Akses untuk menonton video itu bagaimanapun disekat oleh Lembaga 
Telekomunikasi Pakistan atas permintaan Meera yang pernah berlakon dalam 
dua filem Bollywood, Meera mendakwa video itu palsu. -Brothersam

    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.