KUALA LUMPUR: Kedegilan seorang isteri meminum minuman keras
membawa padah apabila dia dibelasah suaminya di hadapan pejabat lelaki
berkenaan di Subang Jaya, di sini,kelmarin.

Lelaki berusia awal 30-an itu hilang kawalan apabila menemui isterinya
yang tidak pulang semalaman dalam keadaan separuh bogel tidur dalam
kereta miliknya di hadapan pejabatnya itu.

Malah, kemarahan lelaki terbabit tidak dapat dibendung apabila dia 
mengetahui isterinya yang berusia 23 tahun itu turut berasmara dengan
dua lelaki yang baru dikenalinya di kelab malam selepas gagal mengawal
dirinya kerana mabuk.

Wanita terbabit berbuat demikian sebagai protes kepada tindakan 
suaminya yangmelarangnya meminum arak.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, sebaik tiba di pejabat, lelaki terbabit
terkejut apabila mendapati kereta miliknya berada di hadapan pejabat
sebelum melihat isterinya dalam keadaan separuh bogel menyebabkannya marah

Menurut sumber, semuanya bermula sejak malam sebelum kejadian apabila 
pasangan terbabit bertengkar apabila lelaki terbabit melarang isterinya itu 
daripada meminum arak.“Wanita terbabit meninggalkan rumahnya jam 11
malam dan tidak pulang selepas itu,”katanya.

Sumber berkata, ketika berada di kelab malam berkenaan, wanita terbabit 
bertemu dengan dua lelaki berusia awal 30-an dan dikatakan berasmara dengan 
mereka selepas gagal mengawal dirinya akibat terlalu mabuk.

“Selepas bercumbu dan bermesra dengan mereka, wanita berkenaan memandu
 kereta kepejabat suaminya di Subang Jaya sebelum tertidur dalam kereta itu 
dengan hanya memakai baju,” katanya

    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.