"SHARIZAL JASZLE HANYA MEMAKAI "BOXER" - PEGAWAI JAIS

Labels:
By: Unknown →
Pegawai Penguat Kuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Mohd 
Radzi Saliman memberitahu mahkamah beliau melihat pelakon Shahrizal Jaszle
hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam) ketika serbuan dilakukan di sebuah
apartmen di Taman Sri Subang dekat pada 16 Mei 2013.

Mohd Radzi, 30, berkata, ketika pemeriksaan dibuat di bilik kedua rumah
berkenaan, ia didapati berkunci dan hanya dibuka selepas hampir lima minit 
diketuk oleh pihaknya. 

Katanya, ketika itu seorang wanita berbaju T dan berseluar pendek kelihatan 
terpinga-pinga ketika membuka pintu bilik berkenaan.

"Ketika pintu dibuka bilik berkenaan berada dalam keadaan gelap dan selepas
 saya membuka lampu bilik itu, saya mendapati ada seseorang yang sedang
 baring di katil sambil berselimut.

"Apabila dia diarahkan untuk bangun dari katil saya mendapati dia adalah 
seorang lelaki dan ketika itu dia hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam) 
sahaja," katanya.


Beliau berkata demikian sebagai saksi pertama dalam kes perbicaraan 
melibatkan pelakon Sharizal Jaszle atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle 
Jasmin, 26, denganseorang pegawai bank, Farah Nurizzati Salleh, 22, di 
Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini pada Selasa.

Shahrizal Jaszle diwakili peguam syarie, Ashraf Ranee manakala pendakwaan
dilakukan pendakwa syarie, Hasrul Hafidzi Ahmad. Perbicaraan dijalankan 
di hadapan hakim syarie, Abd Halim Abu Samah.

Mohd Radzi turut memberitahu mahkamah, aktor itu juga mengaku wanita yang 
bersamanya dalam sebuah bilik ketika diserbu adalah teman wanitanya selepas
disoal sama ada mereka mempunyai ikatan sah sebagai suami-isteri.

Terdahulu Shahrizal yang duduk di kandang tertuduh, hadir memakai baju 
Melayu berwarnaputih lengkap bersongkok kelihatan tenang ketika men-
dengar keterangan daripada saksi sepanjang hampir dua jam perbicaraan
berlangsung.

Dalam kejadian 16 Mei 2013, Shahrizal dan pasangannya Farah Nurizzati telah
ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang dekat sini kira-kira 
pukul 3.30 pagi oleh unitpenguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) 
hasil aduan orang ramai.


Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah
Selangor 1995.Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan
Redzwani Puteri, 26, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah 
disambung semula pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu.

Pada sebutan kes pada 13 November tahun lalu, Farah Nurizzati telah mengaku
salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar
denda maksimum iaitu RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal 
membayar denda.

Mahkamah turut memerintahkan Shahrizal membayar wang jaminan sebanyak 
RM1,500 selepas pelakon itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat yang 
dikenakan.Sementara itu, Shahrizal ketika ditemui di perkarangan mahkamah 
memberitahu dia berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh
Mohd Radzi kepada mahkamah. Perbicaraan disambung semula pada 10 Jun
depan. -mstar.
    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.