ARAU – Seorang pelajar perempuan dari sebuah institusi pengajian tinggi
(IPT) negeri ini mendakwa terpaksa merelakan diri dicabul kerana bimbang
digagalkan dalam subjek yang diajar pensyarahnya.

Mangsa berusia 20 tahun itu terpaksa bertahan diperlakukan sedemikian 
selama beberapa bulan kerana bimbang jika perkara itu didedahkan, pen-
syarah berkenaan dengan sengaja menggagalkan subjek itu dalam pe-periksaan akhir semester yang berakhir bulan lalu.

Bagaimanapun, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Arau, 
sejurus selesai menduduki peperiksaan akhir semester.

Sumber berkata, kejadian terbaharu berlaku pada 28 Mac lalu, ketika
mangsa dan dua rakannya berada di bilik pensyarah itu untuk mengulang-
kaji pelajaran.“Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang,
mangsa bersama dua rakannya itu diminta datang ke bilik pensyarah ber-
kenaan, sebelum pensyarah berusia 40-an itu duduk di sebelah mangsa,” 
katanya.

Mangsa seterusnya dicabul kehormatan termasuk dengan menyentuh
payu daranya oleh pensyarah berkenaan.

Mangsa juga didekati pensyarah itu dan dengan sengaja meraba bahagian 
kakinya hingga ke bahagian dada beberapa kali.

Mangsa terkejut dan cuba menghalang perbuatan itu, namun bimbang
digagalkan pensyarah terbabit dalam subjek itu kerana peperiksaan sangat
hampir dan membiarkan suspek berbuat sedemikian, katanya.

Sumber berkata, mangsa turut mendakwa beberapa rakannya turut menjadi
mangsa pensyarah itu dan perkara itu turut dimaklum kepada pengurusan
IPT itu.

Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron ketika dihubungi 
mengesahkan menerima laporan polis pelajar itu yang dibuat di Balai Polis
Arau terhadap pensyarah terbabit.

“Kita sudah terima laporan polis itu dan kes kini dalam siasatan polis. 
  Beberapa keterangan telah diambil terutama daripada pelajar berkenaan
” katanya.

P/s: Perkara tidak logik dakwaan Nurul Shuhada dicabul Prof Izzi Haji Ali Ramai mengetahui seorang pelajar UiTM Arau, Nurul Shuhada Binti Shahadan 
telah membuat laporan polis di Balai Polis Arau, Perlis kerana mendakwa 
dicabul seorang pensyarah kanan yang juga pakar motivasi terkenal, Prof 
Izzi Haji Ali.

Bagaimanapun, jika kita merujuk kepada laporan Sinar Harian hari ini, terdapat 
satu perkara yang membuatkan tuduhan itu tidak begitu logik atau masuk akal 

Ianya berhubung dengan situasi mangsa yang ditemani dua rakannya ketika
datang ke bilik pensyarah terbabit dengan tujuan untuk mengulangkaji pelajaran.

Kalau benar Nurul Shuhada dicabul, mengapa kedua-dua rakannya tidak
berbuat apa-apa? Adakah mereka tidak menyedari tindakan pensyarah 
tersebut sedangkan mereka juga berada di dalam bilik pensyarah berkenaan?
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.