Punca sebenar 10 remaja hilang di bukit Broga - Semalam, sepuluh remaja
termasuk enam pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana
Impian, Kajang yang dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti riadah
di Gunung Tok Wan, Bukit Broga, Semenyih, telah ditemui oleh pihak bomba.
Mereka ditemui dalam sebuah rumah kongsi milik penduduk Orang Asli
Kechau Dalam kira-kira jam 10.30 pagi Ahad dalam keadaan keletihan
dan mengalami kecederaan.
Menurut salah seorang mangsa, Mohd Zafran Mohd Azmir, 16, dia
memberitahu mula mendaki gunung itu pada jam 3.30 pagi Sabtu namun
tiba-tiba tersesat selepas gagal mengesan tanda arah menuju ketika tergesa-gesa menuju ke puncak bukit berkenaan.
"Kami mula panik dan mencari-cari jalan untuk keluar. Nasib kami baik
"Kami mula panik dan mencari-cari jalan untuk keluar. Nasib kami baik
kerana dalam kekalutan kami terjumpa empat orang abang (mangsa)
yang lain yang turut tersesat semasa pendakian."
"Sukar dibayangkan dengan kaki yang lenguh dan sejuk kami terpaksa
"Sukar dibayangkan dengan kaki yang lenguh dan sejuk kami terpaksa
gigihkan diri juga sehinggalah kami terjumpa sebuah rumah kongsi milik
penduduk Orang Asli Kechau Dalam. Di situ kami merehatkan diri
sebelum ditemui pihak bomba jam 10.30 pagi tadi."