MH370: Najib kami tahu kamu terhimpit, bercakap benarlah dengan rakyat
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini merakamkan setinggi
tinggi simpati dengan semua pihak yang terlibat khususnya anggota keluar-
ga penumpang dan krew MH370 yang tidak diketahui nasib sehingga kini.

Peristiwa kehilangan MH370 ini merupakan satu tragedi amat malang.
Sejak dari awal ia telah mendedahkan banyak kelemahan pentadbiran,
pertahanan negara.

Pasport palsu
sehingga hari ini tidak terjawab persoalan bagaimana secara mudah warga 
negara asing memasuki negara ini dan keluar semula dengan identiti palsu. 
Longgarnya keselamatan negara ini ?

dari segi jumlah penumpang kapal yang menggunakan identiti palsu juga
tidak jelas Polis dan DCA sendiri 'bertengkar' dalam media. Ini mengingat
kan kita dengan kes pembunuhan wanita Monggolia yang terkait dengan 
skandal pembelian Kapal Selam negara yang ketika perbicaraan kes pem-
bunuhanya , rekod kemasukan wanita itu didapati hilang .

Kapal Selam tidak berkemampuan
Apabila kes ini muncul beberapa negara menghantar kapal selam untuk
operasi SAR. Saya (dan juga beberapa pimpinan politik seperti YB Lim 
Kit Siang) telah membangkitkan persoalan kenapa tidak digunakan kapal
selam negara yang dibeli dengan harga amat tidak munasabah tingginya.
Menteri telah menjawab Scorpene milik negara tidak sesuai untuk operasi
SAR.

Operasi menggunakan kapal selam bukan operasi Search and Rescue,
sebaliknya cuma Search sahaja adakah kapal selam kita tidak memiliki
sistem sonar yang kebanyakan bot nelayan laut dalam juga miliki sistem
tersebut. Kedua yang lebih penting ialah kapal selam yang dibeli dengan
begitu mahal untuk menghalalkan pembelianya sumber pihak TLDM
sendiri dipetik menyebut akan turut digunakan untuk SAR (rujuk AFP 3
Sept. 2009) sila klik http://chegubard.blogspot.com/2014/03/kenyataan
media-12-mac-2014-mh370.html . Maknanya semua kenyataan ketika
pembelian hanya untuk menghalalkan Malaysia membazir dan menutup
skandal rasuah ketika itu.

sistem radar lemah
sistem pertahanan negara begitu lemah, kebocoran melalui sempadan darat
sempadan air malah sempadan udara sekali pun. MH370 telah membuat 
pusingan di udara dan melintasi Malaysia semula, malangnya Malaysia me-
merlukan beberapa hari bagi menganalisis data radar tersebut sebelum ber
tindak. Ini amat memalukan.Malah kita kelihatan amat lemah bergantung
dengan data dan carian perbagai pihak.

Kenyataan Menteri berbelit - belit dan berpusing pusing
dari kenyataan Perdana Menteri Malaysia kepada kenyataan sepupunya
yang merupakan Pemangku Menteri Pengangkutan tidak pernah konsisten 
dan menunjukkan kelemahan pentadbiran Malaysia. Itu belum mengambil 
kira Timbalan Menteri Pertahanan yang amat memalukan negara.

Malah kenyataan media yang diransang oleh sumber dalaman penguasa
juga telah cuba mengalihkan isu kononya ia akibat dan angkara krew
sehingga menimbulkan fitnah dasyat yang tak tertanggung oleh waris
Mangsa.

Apa sebenarnya berlaku ?
Amat simpati dengan keluarga mangsa dan gusar dengan imej serta
aspek keselamatan negara, maka dengan ini SAMM mendesak Najib
untuk menjadi lebih tegas.

telah menjadi rahsia terbuka mengenai wujudnya satu 'kargo' misteri yang
dikatakan transit dan dinaikkan dalam penerbangan tersebut. Maka pihak
berkuasa harus tampil memberikan penjelasan mengenainya ?

Apabila pihak SAMM cuba menghubungi pihak - pihak yang terbabit meng-uruskan penerbangan khususnya kargo tersebut respon yang diperolehi ialah 
semua tidak berani bercakap apa - apa mengenai penerbangan tersebut. 

Kunci Mulut ini jelas berlaku selepas proses menahan siasat mereka yang 
terlibat dan Mengapa semua data mengenai penerbangan iaitu mengenai 
penumpang dan muatan dihilangkan dalam sistem. Melalui carian SAMM 
sumber dalaman memaklumkan bukan sahaja dalam sistem tetapi data 
bercetak juga semuanya telah dibawa pergi tanpa ada salinan yang tinggal. 
Manifest dan load-sheet untuk penerbangan tersebut dihilangkan ! Mengapa 
ini berlaku dan apa yang cuba diselindungkan ?

Semua ini menguatkan kepercayaan bahawa ini ialah permainan kuasa
besar dunia dan semua penumpang serta anak kapal menjadi Mangsanya.

Kepada Najib kami tahu kamu juga tersepit tetapi ini berlaku kerana ia
berpunca dari kelemahan pentadbiran sendiri. Ingatkah kita cerita agen
CIA dalam pejabat Peguam Negara yang cuba disapu dibawah karpet ?
Malaysia menjadi lemah kerana kita dihimpit, diugut kiri dan kanan. Malah
watak utama negara yang punya kes bunuh juga pernah diugut sehingga
tanah negara terpaksa diserahkan pada jiran.

Amat lemah, Malaysia hanya mencari mengikut cakap - cakap negara lain.
Bayangkan ketika radar Malaysia sudah mengesan pusingan pesawat ter-
sebut tetapi beberapa hari awal kita membuang masa mencari di Teluk Siam, 
sedangkan kita tahu ia sudah melintasi negara semula.

Persoalanya adakah kita lemah atau Najib sedang dihimpit
permainan politik kuasa besar dunia ?
Najib, ketahuilah kamu bahawa China sedang marah bukan sahaja kerana 
kehilangan warganya tetapi kehilangan sesuatu yang bernilai buat negaranya. 
Kuasa besar ekonomi ini boleh menghimpit negara kerana kelemahan kamu 
mengendalikan isu ini. Najib, kamu tidak perlu berselidung. Bercakap benar-lah dihadapan rakyat. Tidak perlu kamu membaca skrip tulisan pihak lain 
seperti 'ia berakhir di Lautan Hindi' dan kemudian cuba dimanipulasi oleh 
sepupu kamu dengan mengatakan "PM tak sebut pesawat terhempas".

Percayalah akibatnya nanti tidak terjangkau oleh pemikiran kamu,Malaysia 
bakal hilang syarikat penerbangan kerana saman dari seluruh dunia, negara 
bakal menerima tekanan hebat dari perbagai segi.

Najib, kami sayangkan negara ini. Kami tahu kamu terhimpit dan tampillah
dengan bercakap terus terang kepada rakyat. Kuasa besar mana pun kami 
akan bersedia berdepan tetapi kamu perlu beritahu perkara sebenar kepada 
rakyat atau kamu selesa menjadi memainkan peranan selaku watak boneka 
lemah semata - mata. Kita mungkin berbeda pandang dalam banyak isu di 
dalam negara ini tetapi dalam isu mempertahankan negara ia tidak ada 
kompromi cuma berani tampil dan bercakap benar dengan kami.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.