Konsep Baru Mekah

Tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?!Dari apa yang kita boleh lihat 
struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi lalu-
an kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil 
Haram yang dibina oleh kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan 
ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi mero-
sakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.


Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini 
mempunyai rekaan bida’ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat. Selain 
itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid 
Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.

Kenapa tidak cukup Islamik?Kerana kubah hijau yang menutupi makam 
Rasulullah SAW juga dikatakan bida’ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda 
mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disema-
dikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti 
jika keadaan ini berterusan.

Walaupun atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid 
Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat ting-
galan Nabi SAW dan para sahabat! Persoalan ini membawa kepada soalan 
seterusnya, iaitu, “Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk 
arah tuju Mekah dan Madinah? 

Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/
pemusnahan ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah berada di bawah 
jajahan keluarga Al Saud” PERSOALAN DEMI PERSOALAN Kesemua projek 
naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di 
bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab nama negara tersebut Arab 
Saudi. 

Beliau juga digelar “Penjaga DuaMasjid Utama”.Keyword disini ialah PENJAGA 
dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud 
konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara 
kesemua pemimpin negara Islam untuk membin-cangkan hala tuju permodenan 
Mekah dan Madinah?

Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permo-
denan. Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai 
menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita ni?!


Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group
Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembina-
an sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari pemberian mereka itu 
akan berterusan sehingga hari kiamat.Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin 
memonopoli projek ini tanpa perbincangan dari semua negara Islam?

Tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli 2 masjid suci ini 
untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang 
mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan ban-
gunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan 
kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlakudi Mekah.


Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah 
siap dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram.Menara jam 
gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah mengalihkan 
perhatian umat Islam dari memandang Kaabah.

Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah 
untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam 
gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat,makam isteri-isteri 
nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana “bida’ah”dan di atas tapak yang dira-
takan itu pu dibina cawangan makanan‘HARAM’ Starbucks, Marks and Spencer, 
Raflles Hotel dan McDonalds.


Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk 
menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat 
Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5.

Ramai golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka 
lawati pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang. Menurut 
mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti 
seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempatuntuk beribadat kepada Allah.

Salah siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan 
keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka.

Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud and Co.
Islamik kah ini?!

Last but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi mini 
country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut undian umat 
Islam. 

That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka hati. Ini juga 
akan membebaskan Mekah dari menjadi milik keluarga As-Saud untuk mendesak
negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau dikurangkan kuota apabila
sebarang rancangan mereka digugat atau dipersoalkan.

Masjidil Haram 2020

Sanggupkah kita kehilangan segala tinggalan Rasulullah SAW?!Semoga Allah 
membantu kita semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa salah satu dari-
pada tanda akhir zaman atau kiamat kecil adalah apabila kaum yang dahulunya 
mengembala kambing di gurun-gurun mula berlumba-lumba membina bangunan
yang tinggi-tinggi (atas tujuan menonjolkan kekayaan mereka).

Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya 
peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita.- infodalamtalian


    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.