Scha & Awal menangis kerana usia bayi cecah 6 bulan - Pasangan selebriti
paling romantis di Malaysia, Scha Alyahya dan Awal Ashaari dikatakan
begitu teruja dengan kehadiran bayi pertama mereka sehingga mengalirkan
air mata.
Suasana menyentuh itu diceritakan sendiri oleh Scha atau nama sebenarnya
Suasana menyentuh itu diceritakan sendiri oleh Scha atau nama sebenarnya
ketika usia bayi berkenaan kini sudah mencecah 6 bulan.
"Saya ni tak reti nak bercakap dengan baby. Kalau kat rumah bila seorang diri
"Saya ni tak reti nak bercakap dengan baby. Kalau kat rumah bila seorang diri
pun saya malu nak bercakap dengan baby. Awal lah yang selalu bercakap.
Contoh dia sapa, “Assalamualaikum, hari ni buat apa?”.
Dua tiga minggu lepas, baby bergerak dan saya pun panggil lah Awal. Dia ter-
Dua tiga minggu lepas, baby bergerak dan saya pun panggil lah Awal. Dia ter-
kejut sebab pergerakan baby dalam perut saya aktif sangat. Masa tu bila kami
tengok sama-sama, mengalir juga lah air mata sebab moment tu sangat
menyentuh hati kami."Sementara itu, Scha memberitahu jantina anak dalam
kandungan nya masih tidak diketahui walaupun sudah menjalani dua kali
imbasan
"Sudah dua kali buat imbasan tapi buat masa ni doktor tak dapat sahkan lagi
jantina anak kami. Saya tak kisah anak lelaki atau perempuan, asalkan cukup
sifat dan sihat. Tapi saya tahu, Awal kalau boleh dia mahu anak lelaki."
Setakat ini, pasangan Scha Alyahya dan Awal Ashaari masih belum membuat
persiapan penuh bagi menyambut kelahiran bayi sulung mereka sebaliknya,
menurut Scha hanya Awal yang lebih teruja mahu membeli segala kelengkapan.