PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar kecewa dengan tohmahan dan hinaan yang dilemparkan segelintir indi-
vidu terhadap isterinya, Mawar Abdul Karim, 25, gara-gara tidak berpuas hati dengan rekaan tudung Fareeda.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29,berkata,sebagai suami dan Ketua Bahagian Pemasaran
Fareeda Global Resources, dia berhak untuk bersuara bagi menjelaskan tuduhan yang boleh menjejaskan imej 
dan kredibiliti isterinya serta perniagaan mereka.

“Aurat itu subjektif, selagi dia menutup kepala, tidak berpakaian seksi dan menjolok mata ia sudah cukup baik 
bagi saya, dalam Islam sebenar tangan pun tidak boleh terdedah.“Isteri saya menjual tudung… bukan menjual 
skirt pendek, kenapa perlu hina dia sampai begitu sedangkan kerana perniagaan tudungnya itu, ramai wanita 
yang sudah berhijrah untuk bertudung,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Fizo berkata demikian ketika diminta mengulas tohmahan segelintir pihak yang menganggap pernghasilan tudung 
jenama Fareeda tidak mengikut cara-cara tudung yang dituntut dalam Islam.Mawar merupakan pemilik jenama 
tudung itu yang diusahakannya bersama keluarga.

                                                   Antara koleksi tudung Fareeda

Tambah Fizo, agak menyedihkan pihak-pihak berkenaan turut mengecam Mawar di semua laman sosial 
setiap kali dia memuat naik gambar mereka bersama.“Saya tidak boleh tahan marah bila gambar yang 
saya muat naik bersama Mawar dikomen dengan pelbagai ayat berunsur negatif.

“Sehingga ada mengatakan saya menanggung dosa kerana Mawar bertudung begitu, saya tidak faham 
kenapa ramai yang tidak berpuas hati dengannya,” soal Fizo.Jelas Fizo, jenis tudung yang dipakai oleh 
Mawar merupakan salah satu daripada lebih 20 jenis rekaan tudung yang dijual di butik Fareeda.

“Kalau mereka kata tudung itu terlalu singkat mereka boleh beli jenis yang lain, di Fareeda kita jual 
pelbagai jenis tudung mengikut saiz yang bersesuaian dengan mereka.“Cuma permintaan tinggi terhadap 
tudung yang dipakai oleh isteri saya, jadi sebab itu ia lebih komersil berbanding tudung-tudung yang 
labuh,” katanya.

Bagaimanapun, jelas Fizo, isterinya tidak pernah mengambil peduli dengan sebarang tohmahan di laman-
laman sosial.Katanya, Mawar lebih banyak menumpukan perhatian terhadap perniagaan berbanding 
mengambil tahu komen negatif yang tidak mendatangkan keuntungan.“Dia tidak ada Facebook, Twitter 
dan Instagram. Yang ada sekarang semua saya. Yang jaga (akaun laman sosial) itu juga saya kerana dia 
tidak ada masa.

“Saya sangat kagum dengan usaha gigih isteri saya kerana dia berjaya menjadikan jenama Fareeda sehingga 
terkenal di Malaysia,” katanya.Dalam pada itu Fizo juga tidak menolak kebanyakan individu memberi komen
negatif kerana berasa cemburu dengan kejayaan mereka dalam perniagaan yang semakin berkembang itu
– Mstar Online


    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.