Sepang: Siasatan terkini kehilangan pesawat MH370 mendedahkan bukti dan 
kemungkinan baru bahawa pesawat berkenaan cuba berpatah balik ke Lapangan 
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas radar milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesan pergerakan pesawat itu.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Tan Sri Rodzali Daud berkata, 
perkembangan terbaru itu menyebabkan operasi mencari dan menyelamat di-
perluaskan ke sekitar perairan Pulau Pinang.

Beliau berkata, ada kemungkinan bahawa pesawat berkenaan akan berpatah 
balik sekiranya ia tidak dapat meneruskan perjalanan.

"Buat masa ini, kami sudah periksa dengan khidmat radar daripada beberapa 
negara jiran berhubung penemuan pergerakan patah balik pesawat berkenaan.

"Pada masa sama, operasi mencari dan menyelamat turut dilakukan di kawasan 
darat," katanya pada sidang media sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya 
berkata, pihaknya mengesahkan tidak menerima sebarang panggilan kecemasan 
berhubung kerosakan daripada pesawat yang memaksa pesawat berkenaan 
berpatah balik.

"Berdasarkan siasatan kami, tiada sebarang hubungan dibuat antara pesawat 
dan pusat kawalan udara berhubung tindakan patah balik penerbangan itu," 
katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk 
Azharuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya mengesahkan hanya dua identiti 
penumpang disiasat berhubung pemilikan pasport individu lain berbanding empatdilaporkan sebelum ini.

Katanya, pasukan penyiasat sedang meneliti rakaman sistem litar tertutup bagi 
mengesan dan mengenal pasti dua penumpang yang menggunakan pasport palsuitu.

Beliau berkata, lima lagi penumpang disahkan tidak menaiki pesawat MH370 
ketika berlepas dan semua bagasi mereka telah dikeluarkan terlebih dahulu.

Sebelum ini dilaporkan warga Itali Luigi Maraldi dan Austria Christan Kozel 
didaftar menaiki pesawat MH370 tetapi hasil pemeriksaan kedutaan negara 
terbabit mendapati pasport mereka telah dipalsukan.

Sehingga kini, Jabatan Penerbangan Awam China mendakwa serpihan ditemui 
di koordinat 103.29 Timur 6.42 Utara di Laut China Selatan tetapi masih belum 
disahkan milik MH370 manakala pesawat APMM berjaya mengesan tompokan 
minyak di permukaan laut kira-kira 100 batu nautika dari Kuala Tok Bali, Pasir
Puteh, Kelantan.

Kesan tompokan kedua itu dikesan oleh Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan 
Maritim Malaysia Datuk Mohd Amdan Kurish ketika melakukan tinjauan udara 
dengan pesawat Agusta di kawasan seluas 200 batu nautika, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Sampel tompokan minyak sudah diambil dan dijangka tiba di pangkalan maritim Tok Bali jam 7.30 malam nanti. - HMetro
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.