#MH370 : BAPA PENGSAN, ANAK DALAM PESAWATMH370

By: Unknown →

BANTING- Bapa seorang pengurus pengeluaran di Syarikat Freescale 
Semiconductor di Petaling Jaya, pengsan sejurus menerima berita pesawat 
MAS MH370 yang dinaiki anak sulungnya, Muzi Yusop, 50, hilang awal pagi 
semalam.

Semah Sidik, 70, berkata suaminya, Yusop Tahir, 76, baru pulang daripada 
menjalani rawatan dialisis di Telok Panglima Garang di sini ketika dimaklumkan 
seorang anaknya mengenai kehilangan pesawat MH370 yang dinaiki Muzi.

“Bila makcik dan pakcik keluar dari kereta, kami lihat isteri Muzi, Haniza 
Bachik masih berada di rumah sedangkan dia dan anak- anak sepatutnya 
berada di Perak selepas menghantar Muzi ke lapangan terbang.

“Kami kemudian diberitahu bahawa Muzi tidak sampai (ke Beijing) dan 
(kapal terbangnya) tidak mendarat. Pakcik terdiam dan sedar-sedar 
lihat dia pengsan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung 
Jenjarom di Banting hari ini.

Muzi, yang juga abang kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Langat, 
Zurihan Yusop adalah antara 20 pekerja Syarikat Freescale Semiconductor yang 
dihantar berkursus di China selama sebulan.

Zurihan dan seorang adik lelakinya kini berada di Lapangan Terbang Antara-
bangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang untuk mengikuti perkembangan terkini 
operasi mencari pesawat yang hilang itu.Semah berkata suaminya, yang merupa-
kan bekas pengawal keselamatan, menghidap penyakit jantung, buah pinggang, 
darah tinggi dan kencing manis.

Ditanya mengenai perubahan sikap Muzi sebelum berangkat ke China, ibu 
kepada enam orang anak itu berkata beliau tidak perasan sebarang perubahan 
sikap anak sulungnya yang disifatkan seorang yang bertanggungjawab serta 
amat mementingkan keluarga.

“Sebelum bertolak ke KLIA, Muzi ajak makcik pergi sekali hantar dia tetapi 
makcik tidak mahu pergi kerana bapak (Yusop) tidak sihat. Makcik juga 
sempat berpesan supaya Muzi jaga diri sepanjang berada di sana,” katanya, 
dan berdoa agar pesawat MH370 itu ditemui.

Semah berkata selepas mengetahui berita mengenai kehilangan pesawat 
dinaiki Muzi, saudara-mara, jiran serta sahabat tidak putus-putus melawat 
mereka sekeluarga dan turut bersama- sama membacakan Yasin di rumah 
beliau.

Sementara itu, hasrat wartawan untuk menemu bual isteri Muzi, Haniza, 47, 
tidak kesampaian apabila anggota keluarganya meminta supaya guru tadika 
yang sedang bersedih itu tidak diganggu.

Ketika mengunjungi kediaman Haniza, yang terletak di hadapan rumah ibu bapa 
Muzi, beliau dilihat mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat 
pesawat MH370 di televisyen.

Hanya perkataan “reda” dan “ada hikmah di sebaliknya” dituturkan ibu kepada 
tiga anak berumur 24, 21 dan 15 tahun itu, yang dilihat tidak berhenti menangis.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan 
(JKKKP) Kampung Jenjarom, Ma’amin Radiman berkata sejurus mengetahui berita 
kehilangan pesawat MAS itu, penduduk mengadakan solat hajat di Masjid 
Al-Falah kampung itu.

“Saya telah meminta pengurusan Masjid Al-Falah dan enam surau di kampung 
ini untuk terus mengadakan solat hajat serta berdoa setiap kali selepas solat 
agar pesawat dan penumpang selamat ditemui,” katanya.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang 
dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari KLIA pada 12.41 
pagi Sabtu. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan.  
                                             – BERNAMA
                                                      
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.