Tumpahan minyak sepanjang 20 kilometer kelihatan di antara perairan Malaysia 
dan Vietnam petang tadi dipercayai menjadi petunjuk pertama dalam kes 
kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dikatakan terhempas, 
lapor The New York Times hari ini.

"Tumpahan minyak kira-kira sepanjang 20 kilometer dikesan oleh pesawat 
AN26 tentera Vietnam ketika operasi mencari di mana ia dipercayai kesan 
daripada punca kapal terbang itu terhempas.

"Kami sudah memaklumkan maklumat itu kepada Singapura serta Malaysia 
kini operasi mencari masih lagi diteruskan," kata Pengarah Pentadbiran 
Penerbangan Awam Lai Xuan Thanh sepertimana dipetik dalam laporan 
berita tersebut.

40 kapal tentera laut terlibat dalam misi mencari dan menyelamat. Antaranya 1
3 dari APMM, 3 kapal dari China dan Singapura, 5 dari Indonesia dan 1 dari 
tentera laut US (Amarika).

Berhubung penemuan tumpahan minyak petang semalam oleh Angkatan Tentera 
Udara Vietnam.Vietnam mengerahkan dua kapal tentera laut dari Pulau Phu 
Quoc, dua jet dan satu helikopter dari bandar Ho Chi Minh bagi mengesan 
pesawat berkenaan.Tujuh lagi pesawat dan sembilan bot sedang dipersiapkan 
untuk menyertai operasi mengesan.
                                                           sumber
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.