Radar Tentera Maldives Tidak Kesan Pesawat MH370

By: Unknown →
Petaling Jaya – Radar tentera Maldives tidak mengesan pesawat MAS 
MH370 yang sebelum ini dilaporkan dilihat di kawasan kepulauan negara 
itu.

"Lanjutan daripada pengawasan yang dijalankan setakat ini, radar militari 
di negara ini tidak dapat mengesan kapal terbang yang hilang," kata jurucakap 
Pasukan Pertahanan Nasional Maldives (MNDF) dalam satu kenyataan dalam 
laman web Kementerian Luarnya.

Tiada sebarang isyarat juga dikesan oleh radar di lapangan terbang Maldives.
Sebelum ini, sebuah portal berita tempatan negara itu melaporkan bahawa 
penduduk di Kuda Huvadhoo telah melihat pesawat jumbo yang mempunyai 
warna pada bahagian badan, sama seperti pesawat MAS yang hilang itu 
terbang rendah di kawasan kediaman mereka.

Usaha pengawasan telah dijalankan dengan "tahap yang memuncak daripada 
kewaspadaan" dan ia telah membantu Perkhidmatan Polis Maldives dan agensi 
antarabangsa berhubung usaha mencari kapal terbang yang hilang.Berita Rtm
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.