KUALA LUMPUR: Tiga juta orang telah menyertai usaha sebuah peng-
endali satelit bagi mengesan pesawat MH370 Penerbangan Malaysia yang
masih hilang dan ianya merupakan satu usaha terbesar melibatkan bantuan
orang awam.
Firma pengendali satelit, Digital Globe pada Isnin memberitahu bahawa
lokasi pencarian kini telah merangkumi 24,000 kilometer per segi (9,000
batu per segi) dan setiap hari banyak imej-imej baru telah dimasukkan
termasuk kawasan terbaru di Lautan Hindi.
Menurut mereka lagi, selain lebih dari tiga juta orang telah menyertai
Menurut mereka lagi, selain lebih dari tiga juta orang telah menyertai
program tersebut, 257 juta "map views" manakala 2.9 juta orang pula telah
"tagged" kawasan-kawasan dalam peta tersebut.
Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu terputus
Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu terputus
komunikasi dan hilang dari radar menara kawalan sejak 8 Mac lalu dan
ianya membawa kepada gerakan mencari besar-besaran dari Asia Tenggara
hinggalah ke Lautan Hindi melibatkan agensi-aganesi penyelamat antarabangsa.
Namun, pencarian tersebut sehingga kini gagal menjumpai serpihan atau
Namun, pencarian tersebut sehingga kini gagal menjumpai serpihan atau
bangkai pesawat. Digital Globe telah mengaktifkan platform pencarian
bernama Tomnod pada 11 Mac lalu dimana ia mengalu-alukan penyertaan
orang awam dari seluruh dunia dalam misis pencarian tersebut menggunakan
bantuan lima satelit berdefinisi tinggi.
Respon yang diterima sangat di luar jangkaan sehingga ianya menyesakkan
Respon yang diterima sangat di luar jangkaan sehingga ianya menyesakkan
sistem komputer seluruh dunia pada minggu lalu.Firma tersebut juga meng-
gunakan sistem algoritma yang diberi nama Crowd Rank untuk melihat bukti-bukti yang dianggap mampu merungkaikan misteri
tersebut.
"Pakar Digital Globe akan meneliti "tag" yang diterima dari orang-orang awam
"Pakar Digital Globe akan meneliti "tag" yang diterima dari orang-orang awam
di sesebuah lokasi dan jika ianya merupakan 10 teratas atau kawasan yang
"panas" kita akan berkongsi informasi tersebut dengan pelanggan kami dan
pihak berkuasa," menurut satu kenyataan.
"Digital Globe mempunyai hubungan langsung dengan kerajaan Amerika
"Digital Globe mempunyai hubungan langsung dengan kerajaan Amerika
Syarikat dan kami mempunyai hubungan erat dan terkordinasi dalam insiden
seumpama ini dan beberapa insiden lain," .-- Agensi