PETALING JAYA: Penduduk Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll di Maldives 
dilaporkan melihat sebuah “pesawat jumbo terbang rendah” di atas rumah 
mereka pada awal pagi 8 Mac, hari yang sama Malaysia Airlines penerbangan 
MH370 hilang.

Dalam satu laporan oleh akhbar harian Maldives iaitu Haveeru, penduduk 
menjelaskan bahawa pesawat itu terbang di Kuda Huvadhoo kira-kira pukul 
6.15 pagi dengan menggambarkan ia berwarna putih dengan jalur merah.

Skim warna itu adalah hampir sama dengan yang digunakan oleh pesawat 
Malaysia Airlines termasuk Boeing 777 untuk penerbangan MH370.Saksi-
saksi yang melihat pesawat itu bersetuju bahawa ia membuat penerbangan 
dari utara sehingga ke tenggara ke arah Addu, di selatan Maldives, dan kesemua 
mereka memberi komen mengenai bunyi kuat dari pesawat itu apabila terbang 
melintasi pulau itu.

Paparan laman web Haveeru Online yang melaporkan mengenai penduduk 
Maldives melihat ‘pesawat jumbo terbang rendah’.Salah seorang saksi dapat 
melihat pintu pesawat dengan jelas, malah ia turut dipersetuji oleh seorang 
saksi lain.

“Ada yang keluar dari rumah mereka untuk melihat apa yang menyebabkan 
bunyi bising yang kuat,” kata saksi, dan dilaporkan bahawa Anggota Majlis 
pulau itu, Mohamed Zaheem mengatakan bahawa penduduk lain di Kuda 
Huvadhoo turut bercakap mengenai kejadian itu.

Haveeru turut memetik seorang pakar penerbangan tempatan, yang berkata ia 
mungkin pesawat MH370 yang diterbangkan sehingga ke Maldives, sambil 
menambah bahawa kemungkinan sebarang pesawat terbang di atas pulau itu 
adalah sangat rendah.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal , berlepas 
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing 
pada 8 Mac, mendapat perhatian antarabangsa sejak kehilangannya pada awal 
pagi hari yang sama. Sumber Mstar
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.