Puteri Sarah Liyana Nekad Tinggalkan Dunia Lakonan

Labels:
By: Unknown →

Pelakon Puteri Sarah Liyana yang kini telah sah bergelar isteri kepada pelakon 
dan pengarah muda Syamsul Yusof telahmembuat keputusan nekad untuk 
mengundurkan diri daridunia lakonan dan mahu menumpukan penuh perhatian 
kepada kerjaya barunya sebagai pegawai pemasaran di sebuah butik muslimah.

“Sebenarnya saya sudah undur diri dari dari dunia lakonan sejak tahun lepas lagi. Bukan lah sebab saya berkahwin. Tapi saya beralih karier. Saya seronok dengan 
 kerjaya saya sekarang. Selain uruskan butik, selepas ni saya akan mereka
 beberapa rekaan design”, jelas Puteri Sarah.

Puteri Sarah juga meluahkan rasa syukur kerana majlis pernikahannya berjalan 
lancar seperti yang dirancang biarpun keadaansuaminya agak lemah kerana 
masih lagi mengalami demam denggi. 

Pasangan ini juga memaklumkan bahawa mereka telah merancang untuk 
menunaikan umrah dan berbulan madu pada bulan Ramadhan ini.

“Saya tak pernah pergi menunaikan umrah, jadi saya teringin nak ke sana. Kami 
rancang nak pergi pada bulan Ramadhan ini, lebih afdal. Tapi tengok lah kalau 
ada kelapangan dan kalau diizinkan kami pergi lebih awal, kami akan pergi 
dalam masa terdekat ini”, katanya yang juga memberitahu belum memikirkan 
soal cahaya mata.-oh.artis.com

    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.