Penumpang `hantu' bukan orang Asia

By: Unknown →

SEPANG: Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin 
Abdul Rahman hari ini mengesahkan bahawa kedua-dua penumpang lelaki yang 
menaiki #dimanaMH370 menggunakan pasport curi, tidak memiliki wajah Asia.

"Kami berulang kali melihat semua gambar video, mereka tidak menyerupai
 lelaki Asia," katanya pada sidang akhbar - taklimat terakhir dari pihak berkuasa 
 Malaysia untuk hari ini.

Azharuddin enggan menjawab pertanyaan sama ada lelaki itu mempunyai rupa 
Afrika, tetapi menyatakan hal itu masih disiasat oleh pakar keselamatan. 

Beliau menegaskan selepas meneliti video (CCTV) dari kawasan berlepas, 
semua protokol keselamatan dipatuhi. 

"Ada kemungkinan wujud sindiket pasport curi," kata beliau. 

Azharuddin berkata radius operasi mencari Boeing 777-200 milik Malaysia 
Airlines itu diperluaskan dari 50 batu nautika kepada 100 batu nautika dalam 
kawasan laut Igari hingga ke Sumatra Utara di kawasan darat. 

Beliau berkata, operasi itu yang masih dipanggil operasi mencari dan 
menyelamat selepas masuk hari ketiga, dijalankan `dari blok ke blok'. 

"Kapal dan pesawat ditugaskan meliputi setiap blok. Seterusnya kita akan 
 perluaskan lagi (kawasan liputan)," kata beliau. 

Terdapat dua kawasan carian utama. Satu di pantai timur Semenanjung
 Malaysia, satu lagi di Selat Melaka.Harian Metro

    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.