PUTRAJAYA: Dalam kesibukan petugas media tempatan dan antarabangsa 
membuat liputan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, 
seorang wartawan TV luar negara mendakwa kehilangan RM15,000 apabila beg 
miliknya dicuri di sebuah hotel di sini, Khamis.

Selain wang tunai, Chan Wai Li, lelaki berusia 36 tahun dari Now TV, sebuah 
stesen TV swasta Hong Kong itu turut kehilangan dokumen perjalanan, dompet, 
kad kredit dan pita rakaman kamera video.

Chan yang merupakan Penolong Pengarang Berita, Now TV mendapati begnya 
hilang pukul 4 petang, selepas pulang dari pusat beli belah Alamanda yang 
terletak berhampiran dengan hotel itu setelah membeli kad prabayar bersama 
dua lagi Rakannya.

Beliau membuat liputan berita kehilangan penerbangan MH370 sejak 8 Mac lalu.
Beg galas itu dipercayai dilarikan seorang lelaki yang disyaki sudah berada di sini 
sejak hari Rabu.
Chan yang kelihatan panik segera memaklumkan kehilangan beg itu kepada 
pengurusan hotel dan sejurus selepas itu wajah dan pergerakan suspek dapat 
dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam rakaman CCTV, suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum mengambil 
beg itu dan meninggalkan hotel itu ketika kebanyakan petugas media sibuk 
membuat liputan di ruang lobi hotel.

“Saya tak sangka ada orang yang mengambil kesempatan dan mencuri ketika 
kita (petugas media) buat liputan berita.“Ada RM15,000 dan dokumen penting 
seperti pasport dalam beg itu,” katanya kepada pemberita.

Chan membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah 
(IPD) Putrajaya.Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid 
ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian itu.
Polis mengerakkan sepasukan enam anggota termasuk tiga anggota forensik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi menyiasat kes kehilangan beg 
wartawan dari Hong Kong itu.

Pasukan itu yang tiba kira-kira 8.30 malam, melakukan pemeriksaan kira-kira 30 
minit di lobi sebuah hotel, iaitu tempat terakhir mangsa meletakkan begnya 
ketika membuat liputan berkaitan kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia 
Airlines (MAS) sejak 8 Mac lepas.

Sementara itu di Sepang, jurufoto agensi berita antarabangsa European Press 
Agency (EPA) Shamshahrin Shamsudin hilang satu set kamera digital bernilai 
anggaran RM20,000 di sebuah hotel di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 
(KLIA).Shamshahrin, 43, berkata kecurian itu berlaku selepas beliau selesai 
melakukan liputan sidang akhbar harian berkenaan kehilangan pesawat 
berkenaan.

“Pada 7.20 malam, selepas saya siap kerja-kerja saya dan menunggu rakan 
menyudahkan kerjanya, saya menerima panggilan daripada anak dan saya 
meninggalkan kamera saya berserta barangan lain termasuk lens di dalam 
beg dan diletakkan bersebelahan kawan saya itu.

“Selepas 20 minit menjawab panggilan, saya kembali ke tempat kawan saya 
berada, namun menyedari kamera saya berserta lens telah hilang,” katanya 
kepada Bernama.Pemangku Presiden Persatuan Jurufoto Media Malaysia 
(MPPA) Norhaizat Abdul Samad dalam satu kenyataan Khamis malam berkata 
kamera itu didapati dilarikan seorang suspek yang berada di ruang lobi hotel 
kira-kira pukul 7 malam berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) 
yang dapat mengakses wajah suspek.

Beliau berharap keselamatan di kawasan itu dapat dipertingkatkan meman-
dangkan sejumlah besar jurufoto dan media bertugas membuat liputan berita 
kehilangan pesawat MH370  itu, termasuk media antarabangsa.
Sumber Astroawani
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.