Gara-gara 'Raja Bomoh', sebuah agensi berita Arab, Al-Arabiya telah menyiar-
kan sebuah artikel yang mengkritik tindakan Malaysia menggunakan khidmat
bomoh dalam mengesan pesawat yang hilang itu.Malah seluruh dunia juga
mungkin mentertawakan Malaysia akibat perkara tersebut dan turut dikritik
media arab.
kerajaan Malaysia menggunakan "ahli sihir" sebagai usaha terakhir untuk
mencari pesawat tersebut yang masih belum ditemui sehingga ke hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan apabila gambar dan video bomoh 'tikar terbang'
Kenyataan itu dikeluarkan apabila gambar dan video bomoh 'tikar terbang'
Berikutan perkembangan itu, Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri
Zainul Abidin melalui laman Facebooknya telah menulis komen yang
membidas sekeras-kerasnya amalan karut dan pertolongan tahyul yang
disifatkan beliau sebagai tindakan yang ‘bodoh’.
“Islam melarang karut marut dan tahyul yang membawa kepada syirik,
tambah ‘bodoh’ lagi apabila kita menjatuhkan nilai diri sebagai manusia
"Pelbagai media antarabangsa melapor cerita 'bomoh kartun' di KLIA,
seakan mengaitkan aktiviti bomoh dengan budaya kita", luahnya.
Terdahulu, beliau menyifatkannya tindakan membenarkan Raja Bomoh, Ibrahim
Mat Zin melakukan upacara perbomohannya sebagai suatu amalan yang “khurafat
dan tahyul” dan tidak boleh diterima sama sekali kerana ia bertentangan dengan
pemikiran manusia yang waras.
“Dia seolah-olah mengambil kesempatan ke atas tragedi yang berlaku sekarang.
Siapa yang membawanya (untuk tujuan mengesan MH370)? Ianya adalah
sesuatu yang malang dan memalukan,” kata Mohd Asri yang juga pensyarah
Universiti Sains Malaysia.
Bercakap kepada sebuah portal baru-baru ini, Asri menegaskan, di dalam
Bercakap kepada sebuah portal baru-baru ini, Asri menegaskan, di dalam
ajaran Islam, tiada sesiapa yang mengetahui perkara ghaib kerana ianya
adalah di luar pengetahuan manusia.
Sementara itu, pendakwah bebas, Ustaz Daud Che Ngah berkata usaha
mencari MH370 dengan menggunakan khidmat bomoh adalah tidak sesuai
dan dianggap syirik dalam Islam.
Beliau berkata walaupun usaha mencari pesawat MH370 masih di jalan yang
Beliau berkata walaupun usaha mencari pesawat MH370 masih di jalan yang
buntu, amalan Raja Bomoh telah pun diwartakan haram oleh Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim) dan perkara itu tidak sepatutnya dilakukan, lebih-lebih
lagi di khalayak awam. Katanya hanya dua cara yang boleh membantu para
penyelamat menemui MH370 iaitu dengan kembali kepada ajaran Al-Quran.
"Pertamanya adalah dengan menggunakan kepakaran manusia yang diberikan
Allah SWT melalui Al-Quran dan dibantu sains dan teknologi. "Keduanya adalah
untuk orang ramai berkumpul dan melakukan solat hajat serta berdoa kepada
yang Esa", katanya kepada media.