Kuala Lumpur - Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat akan meng-
gerakkan pesawat pengawasan maritim P-8A Poseidon untuk membantu misi 
mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang 
hilang sejak Sabtu lepas.

Menurut kenyataan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, pesawat 
P-8A itu mempunyai kelajuan maksimum 490 knot dan mampu terbang pada 
ketinggian maksimum 12,500 meter.

"Untuk satu misi seperti pencarian MH370, P-8A biasanya terbang pada 
ketinggian 1,524 meter ke 3,048 meter pada kelajuan 350 knot, dengan 
masa pencarian diantara lapan hingga sembilan jam bergantung kepada 
jarak ke kawasan pencarian," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi P-8A adalah pesawat pelbagai misi yang menyedia-
kan pemantauan dan pengintipan di permukaan dan dasar laut .sumber
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.