Perogol Kepanasan Selepas Baca Ayat Kursi!

By: Unknown →
“Dia (penjenayah) menjerit kepanasan apabila saya membaca ayat Kursi Malah, penjenayah itu tidak 
 meneruskan niatnya untuk merogol saya biarpun pakaian ditanggalkannya,” kata seorang jururawat 
 mahu dikenali sebagai Intan, 21.


Gambar Hiasan

Intan berkata demikian ketika menceritakan detik cemas dia cuba dirogol seorang lelaki dipercayai warga 
Bangladesh berusia lewat 3-an yang memecah masuk rumahnya di Kampung Baru, di sini, pada jam 5.45 
petangSelasa lalu.

 Dalam kejadian itu, biarpun tidak merogol mangsanya, suspek dilapor merampas wang tunai RM50 selain 
 beberapa barangan berharga lain dianggarkan bernilai RM300 sebelum melarikan diri.

 Menceritakan semula kejadian itu, Intan berkata, dia yang tidur di ruang tamu terjaga apabila mendengar
 ada orang membuka pintu rumahnya.“Saya terkejut apabila melihat seorang lelaki warga Bangladesh 
 yang tidak dikenali sudah berada di depan pintu rumah.

Saya segera berlari untuk masuk ke dalam bilik namun dihalang,” katanya ketikadihubungi, semalam.
Menurut Intan, penjenayah itu mengeluarkan pisau sebelum mendakwa dirinya anggota polis selain 
memintanya supaya mendiamkan diri.

“Saya tahu dia bukan polis kerana bahasa digunakan seperti warga Bangladesh.Dia (penjenayah) 
 memeluk dan mula mencium saya.Sayaterpaksa mendiamkan diri kerana bimbang dicederakan,” katanya

Menurutnya, penjenayah terbabit meminta wang tunai dan barang kemas daripadanya.“Belum pun 
sempat berbuat apa-apa, dia (penjenayah) menolak saya ke katil dan mulamenanggalkan pakaian dan 
seluar saya.

“Ketika itu, saya berulang-kali merayu supaya dikasihani namun suspek terus menindih badan saya 
 kerana mahu merogol.“Pada mulanya ada sedikit pergelutan namun saya tidak berdaya melawan 
 kudratnya apatah bimbang dicederakan kerana dia (suspek) bersenjata,” katanya.

Intan berkata, dia yang kebuntuan akhirnya mengambil keputusan untuk membaca ayat Kursi dengan
 kuat selain berniat di dalam hati untuk menyerahkan nasibnya kepada Allah.“Apabila saya baca ayat 
Kursi dia (penjenayah) bagaikan kepanasan dan menjerit-jerit mendakwa ‘panas’.

“Penjenayah itu berubah fikiran, dia (suspek)menggunakan tali pinggang dan tudung mengikat kaki
 serta tangan saya,” katanya memberitahu, suspek melarikan diri selepas merampas wang tunai 
 RM50 dan  beberapa barangan berharga lain.

Katanya, dia yang membuka ikatan di tangan dan kakinya itu tampil membuat laporan di Balai Polis 
Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi
Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung 
kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukanmengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
                                                                   -Hmetro Online




    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.