Bapa layan nafsu dengan perempuan simpanan depan anak

By: Unknown →


Gambar Hiasan

Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 38 tahun di Subang Jayadekat sini, didakwa bukan saja sanggup 
membawa anak kecilnya berusia lima tahun ke rumah wanita simpanannya, malah tergamak beraksi
tidak senonoh bersama dihadapan anaknya sehingga menyebabkan isteri lelaki itu membuat laporan polis.

Sumber berkata, isteri lelaki itu yang juga berusia 38 tahun terpak samembuat laporan polis disebabkan
bimbang dengan tekanan dihadapi anaknya itu kerana sering dituduhmenipu apabila mengadu perihal 
pelakuan sumbang bapa kandung dengan wanita simpanannya.

Menurut sumber lelaki terbabit didakwa sering menipu anak perempuannya itu dengan berdalih untuk 
membawa bersiar-siar namun sebenarnya pergi ke rumah wanita simpanannya di ibu negara untuk
melepaskan rindu.

“Pasangan suami isteri itu memiliki dua cahaya mata perempuan berusia lima dan dua tahun. Isteri lelaki
 itu mengadu, sejak akhir akhir ini suaminya bersikap dingin sebelum terbongkar suaminya itu 
 sebenarnya memiliki  wanita simpanan.

“Isteri lelaki terbabit turut mendakwa anak perempuan sulungnya sering muram dan beberapa kali 
mengadu bapanya membawa dia berjumpa wanita lain dan biasanya apabila bertemu, bapanya 
mencium wanita itu.

“Anak itu mendakwa oleh kerana kerap dibawa, anaknya juga sudah mengetahui jalan ke rumah wanita
 berkenaan yang sering ditemui suaminya dan kebetulan berdekatan dengan rumah mentuanya. 
Tetapi,apabila diadukan,suami menuduh anaknya itu menipu sehingga  menyebabkan anak berusia
 lima tahun itu tertekan,”katanya.

Menurutnya, berikutan itu, isteri lelaki terbabit membuat laporan polis Isnin lalu disebabkan bimbang 
dengan keselamatan anak perempuannya selain tidak mahu tumbesaran anak perempuannya itu 
terganggu dengan pelakuan sumbangbapa kandungnya sendiri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi 
mengesahkan menerima laporan berkenaan kes itu dan dirujuk kepada mahkamah syariah. sumber

    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.