PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin meluahkan perasaan gembiranya
bahawa isterinya iaitu aktres Rozita Chewan berkemungkinan besar
sudah mengandung.
Zain, 30, berkata, sehingga kini dia masih belum lagi mendapat
keputusan daripada pihak doktor dan sekiranya benar Rozita
mengandung,dia menyifatkan ia sebagai sebuah hadiah hari lahir
(pada 23 Februari lalu) yang terbesar pernah diterimanya.
"Jeng..jeng..jeng.. Mungkin (Rozita mengandung). Nak kena buat
pemeriksaan doktor dahulu jika ada 'orang baru' akan sertai kami
sekeluarga atau tidak.
"Tetapi jika benar, kiranya berita itu satu hadiah buat saya dan
semestinya isteri," katanya kepada mStar Online menerusi mesej
aplikasi Whatsapp.
Zain berkata demikian selepas ditanya mengenai apakah hadiah yang
diberi oleh Rozita bersempena dengan hari lahirnya
23 Februari lalu.
Bagaimanapun sehingga kini Zain tidak mengulas lanjut mengenai
hadiahyang diterimanya sebaliknya lebih teruja menunggu keputusan
doktor yang mungkin bakal merubah status diri sebagai seorang ayah.
"Masihterlalu awallagi. Nanti saya beritahu jika keputusannya positif.
Doakankami," ujarnya.
Zain dan Rozita telah berkahwin pada 12 Disember tahun lalu di Setia
City Convention Centre, Shah Alam.Rozita juga mempunyai dua eorang
anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan
Aniq Ezzra,16.Mstar