Penyanyi baharu Indonesia, Shae (gambar) menganggap dakwaan kononnya dia kurang 
dikenali di negara asal berbanding di negara ini sebagai isu yang tidak perlu dibimbangkan.



Shae atau nama penuhnya Sheryl Gething, 19, berkata, dia mendapat tempat dan masih menerima
tawaran di republik itu walaupun tidak sampai setahun menceburi bidang nyanyian."Saya percaya 
sesuatu perkara (kurang diterima) berlaku dengan sebabsebab tertentu. Benarnama saya agak 
kecil dan perlahan di negara saya tetapi saya ada kemajuan sebenarnya.

"Peluang (nyanyian) tetap ada dan peminat mulai menerima saya. Tidak banyak beza sama ada 
popular di negara mana pun," katanya.Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Sayang ini 
berkata, dia lebih memikirkan mengenai mengembangkan kerjaya berbanding isu remeh
seperti populariti.

"Saya ceburi bidang ini kerana cintakan terhadap seni. Apa jua berlaku sama ada diterima ramai 
atau sebaliknya saya tetap gembira."Yang penting kerja keras untuk mengukuhkan nama dan 
kerjaya. Saya tidak tengok skala (populariti) tetapi penerimaan peminat terhadap muzik saya"

Penyanyi berdarah kacukan Australia (bapa) dan Riau (ibu) ini berkata penerimaan yang baik 
dikalangan masyarakat di negara ini bertitik tolak daripada kerja keras syarikat rakamannya 
Warner Music Malaysia.

"Saya berterima kasih kepada pasukan Warner di sini yang bekerja keras mempromosikan 
saya sehingga makin dikenali di sini."Saya mahu terus belajar untuk hasilkan lagu sendiri kerana 
tidak berpeluang untuk buat lagu sendiri dalam album pertama ini," katanya yang baharu melan
carkan album berjudul The First,baru-baru ini.


    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.