Bukan cerita terkini, namun ada baiknya saya siarkan untuk dijadikan iktibar.Menurut sumber
artikel ini, seorang pelajar lelaki sekolah menengah dan pasangannya yang masih bersekolah
rendah ditangkap khalwat di tandas sebuah sekolah di Panton Labu, Aceh Utara.
Selepas ditangkap, pelajar lelaki itu bersedia untuk bernikah dengan pasangannya sebagai
salah satu cara untuk menyelesaikan masalah itu.
salah satu cara untuk menyelesaikan masalah itu.
Namun, sebelum itu, penduduk Desa Meunasah Manyang, Kecamatan Ingin Jaya, Aceh
Besar telah memandikan pasangan itu dengan AIR LONGKANG.
Selesai dimandikan, kedua-duanya telah diarak dari sekolah ke Desa Meunasah Kota
Pantonlabu.
Tidak dinyatakan secara jelas sama ada remaja ini dikahwinkan sejurus selepas itu atau
perbuatan mereka dilaporkan kepada pihak berkuasa.Sumber