KEPALA DITETAK,TELINGA PUTUS

By: Unknown →


Penyanyi baharu Indonesia, Shae (gambar) menganggap dakwaan kononnya dia kurang dikenali 
di negara asal berbanding di negara ini sebagai isu yang tidak perlu dibimbangkan.

Alor Gajah: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan kesan tetakan 
dibelakang kepala dan badan selain putus telinga kanan di Jalan Hutan Percha-Machap, dekat sini, 
semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mayat K Viswanathan, 22,berasal 
dari Serkam, Jasin ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam longkang di tepi jalan berkenaan 
oleh seorang anggota polis yang kebetulan melalui jalan terbabit.Menurut sumber, pada awalnya 
anggota polis itu menyangkakan mayat berkenaan adalah mangsa langgar lari selepas melihat 
sebuah motosikal kira-kira empat meter dari lokasi mayat ditemui.

“Selepas diperiksa, anggota polis itu terkejut apabila mendapati objek yang disangka babi 
hutan itu adalah mayat seorang lelaki dalam keadaan berbaju namun seluarnya terlondeh ke 
paras lutut sebelum dia melaporkan kejadian di Balai Polis Hutan Percha,” katanya di sini, 
semalam.- Harian Metro


    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.