Jika sebelum ini beberapa artis dan selebriti terkenal mengecam Hanez Suraya 
kerana kontroversinya bercinta dengan suamiorang. 

Antara selebriti yang menunjukkan rasa tidak senang dengan perbuatan 
Hanez Suraya adalah Rita Rudaini, RabeccaNur Islam, Hafiz Hamidun dan 
Chef Wan.

Kali ini, giliran penyampai radio Sinar FM, Raja Azura atau lebih dikenali sebagai 
Kak Engku terpanggil untuk memberi nasihatkepada pelakon Autumn 
Di Hatiku itu.

 Menurut Kak Engku, Hanez Suraya sepatutnya menghormati perasaan wanita
 lain sementelahan lagi dia juga adalah seorang wanita.

“Pada saya, hormatilah hati wanita lain. Fikirlah, jika lelaki itu boleh berbuat 
demikian pada isterinya, iaitu wanitayang telah bersusah payah melahirkan anak
untuknya, tak mustahil sekiranyadia boleh berbuat perkara samapada Hanez.

“Buka minda, pasti ada sebab mengapa rumah tangga mereka bermasalah? 
Lagi pula Hanez pasti belum tahu apa sebenarnya masalah yang melanda pada 
mereka berdua?,” jelas Kak Engku.

Tambah Kak Engku lagi, Hanez juga tidak sepatutnya mencampuri langsung 
urusan rumahtangga mereka sebaliknya biarkan iaselesai terlebih dahulu 
sebelum menjalinkan hubungan dan mencanangkan kepada semua.

“Apabila masalah dah selesai, tak salah kalau Hanez nak meneruskan 
 hubungannya dengan lelaki itu.

“Perjalanan hidup ini masih jauh. Fikir dahulu sebelum kita nak bercakap dan 
 jangan dengar daripada sebelahpihak saja,” katanya.-OH ARTIS

    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.