PENOMENA TANPA BAYANG DIBEBERAPA NEGERI 29 MAC

By: Unknown →
Penduduk di beberapa kawasan di seluruh negara termasuk di ibu negara 
berpeluang mengalami fenomena tanpa bayang pada 29 Mac ini pada pukul 1.20 
petang dan pukul 1.10 petang pada 15 September 2014.

 Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) Agensi Angkasa Negara (AAN)
 dalam satu kenyataan media memberitahu, fenomena itu akibat peredaran Bumi
 mengelilingi matahari dengan kecondongan satah Bumi pada sudut 23.5 darjah.

“Kawasan-kawasan yang berada dalam latitude 23.5 darjah utara dan 23.5
 darjah selatan akan mengalami fenomena tersebut namun tarikh dan masa
 berbeza mengikut kedudukan lokasi.

“Sebagai contoh di Pulau Langkawi, fenomena itu akan berlaku pada 6 April ini
 pada pukul 1.24 petang dan 6 September, pukul 1.20 petang,” kata kenyataan
 itu hari ini.

 Menurut kenyataan itu, fenomena itu bagaimanapun bukan sesuatu situasi yang 
 pelik kerana ia berlaku dua kali pada setiap tahun.Tambah kenyataan itu, pada 
 waktu itu orang ramai akan mendapati matahari berada tepat di atas kepala 
 pada waktu tengahari.

Hal itu akan menyebabkan mereka tidak dapat melihat bayang-bayang sendiri 
sekiranya berdiri di kawasan lapang.Orang ramai yang mahu mendapatkan 
maklumat lanjut berkenaan fenomena itu diminta menghubungi Observatori 
Negara Langkawi AAN  di talian 04-966 8870.”Laporan asal Mynewshub.my
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.