AMY SEARCH SUMBANG 240 BUKU

Labels:
By: Unknown →
PENYANYI rock tanah air, Amy Search dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan
Projek Amal Selangor dan Kuala Lumpur hari ini menyumbangkan 240 buah buku 
kepada Perpustakaan Kampung Bukit Mat Inson di sini.
 
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata program itu 
merupakan satu daripada cara untuk berbakti semula kepada masyarakat yang 
banyak menyokong kerjayanya sejak bergelar artis pada tahun 1980-an.
    
"Sudah 30 tahun saya berada dalam industri muzik, dengan program seumpama 
 ini, dapatlah saya menyumbang semula kepada mereka yang memerlukan 
 bantuan."Saya dapat tahu kampung ini memerlukan bahan bacaan untuk 
 diletakkan di perpustakaan baharu mereka, jadi sebab itulah kami 
 menyumbangkan buku ini," katanya kepada pemberita di perpustakaan itu di sini
    
Sumbangan itu juga merupakan satu daripada program yang dijalankan 
sempena siri jelajah 'Amy Search Jelajah Pendang Bersama Komuniti' yang 
dijalankan selama dua hari bermula hari ini. - Bernama
    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.