Xiamen - Seorang saksi satu kemalangan ngeri membabitkan pasangan 
suami isteri melihat bayi yang berada dalam kandungan ibunya itu ter-
campak keluar selepas motosikal pasangan itu dilanggar lori.

Tag : Bayi Terkeluar & Tercampak 3 Meter Dari Kandungan Wanita 
Digilis LoriWang Zhau, 40, yang sarat mengandung dalam perjalanan 
ke hospital bersama suaminya Mao, 42, apabila motosikal mereka 
dirempuh lori.

Saksi berkata lori itu kemudian menggilis wanita berkenaan menye-
babkan bayi yang berada dalam kandungannya terkeluar dan tercampak 
sejauh tiga meter.

XIAO hanya mengalami cedera ringan selepas tercampak keluar dari 
kandungan dalam kemalangan yang meragut nyawa ibu bapanya.
Pasangan berkenaan mati di tempat kejadian namun bayi mereka 
selamat dan dibawa ke hospital di wilayah Fujian China.

Bayi yang diberi nama Xiao Zhao oleh kakitangan hopital itu 
hanya calar-balar.Jurucakap polis, Chan Chien berkata: “Ada saksi 
yang berkata wanita itu sempat melahirkan anaknya sebelum mati 
selepas dilanggar lori berkenaan manakala yang lain berkata, impak 
daripada perlanggaran itu menyebabkan bayi seberat 4.2 kilogram 
itu terkeluar dari rahim ibunya dan tercampak sejauh tiga meter.

Wanita itu sepatutnya dimasukkan ke bilik bersalin pada jam 8.30 
pagi waktu tempatan dan suaminya membuat keputusan untuk tidak 
menunggu ambulans.Dia menghantar isterinya ke hospital menaiki 
motosikal. 

Kemalangan berlaku ketika mereka tiba di simpang antara Maqing 
Lu dan Jiaosong Lu” kata Chan.Polis mengesahkan mereka menahan 
pemandu lori berusia 45 tahun itu untuk membantu siasatan.

Kejadian yang menggemparkan yang menimpa bayi malang itu menjadi 
tajuk utama akhbar di China dan Badan Kebajikan Xiamen menyumbang-
kan 5,000 yuan (RM 2,658) untuk penjagaan bayi terbabit.

Orang ramai yang mengetahui berita itu turut melawatnya di hospital 
dengan membawa pelbagai hadiah untuk bayi berkenaan. Metro
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.