Juruterbang dan pembantu juruterbang penerbangan Malaysia Airlines
MH370 seharusnya menjadi tumpuan siasatan sejak hari pertama, kata
anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) daripada parti Republikan, Peter
T King kepada ABC News.

Menurut King yang juga merupakan anggota Jawatankuasa Keselamatan 
DalamNegeri bagi Kongres AS, beliau kecewa dengan cara kerajaan Malaysia 
menguruskan misi mencari dan menyelamat pesawat membawa 239 
penumpang dan anak kapal yang hilang pada 8 Mac semasa dalam 
perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

“Faktanya, FBI tidak dijemput untuk membantu. Dan anda tahu seharusnya
juruterbang dan pembantu juruterbang menjadi tumpuan sejak dari mula,”
kata King dalam rancangan “This Week” di ABC News awal pagi ini.

“Itu akan menjadi prosedur penyiasatan penguatkuasaan undang-undang 
Biasa. FBI boleh dipanggil untuk membantu, Interpol boleh dipanggil, 
agensi-agensi perisikan kita,” katanya.

Bagaimanapun setakat ini, katanya, masih belum ada indikasi yang menun-
Jukkan kehilangan pesawat MH370 itu berkaitan dengan aktiviti terrorisme.
“Setakat ini masih belum ada indikasi ia merupakan terrorisme. Tidak 
bermakna ia tidak akan tetapi setakat ini masih belum ada petanda 
dijumpai komuniti perisikan sejak hari pertama,” kata King yang 
mempengerusikan Jawatankuasa Kecil Pencegahan Keganasan dan 
Perisikan bagi Kongres AS kepada ABC News.

King berkata, beliau difahamkan pihak berkuasa Malaysia tidak memberikan
kerjasama yang baik dan keberatan untuk berkongsi maklumat dengan negara-
negara yang membantu misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia 
Airlines itu.

King turut menyatakan keraguan bagaimana dua warga Iran yang menaiki 
Pesawat tersebut dengan pasport curi tidak disyaki dan dilepaskan daripada 
Pemeriksaan keselamatan dengan cepat.“Maksud saya bagaimana mereka dapat 
menaiki pesawat tersebut untuk mencari suaka? Faktanya, mudah bagi mereka 
untuk menaiki pesawat dengan pasport curi,” katanya kepada ABC News.

Dua lelaki Iran yang dikenal pasti sebagai Pouri Nourmohammadi, 19, dan 
Delavar Seyed Mohammad Reza, 29, dikatakan menggunakan pasport curi 
dan menaiki pesawat MH370 untuk ke Eropah.

Pouri menggunakan pasport Austria untuk ke Jerman bagi bertemu ibunya 
Manakala Delavar Seyed pula menggunakan pasport Itali yang dilapor dicuri, 
manakala tiket penerbangan mereka dibeli dari sebuah agensi pelancongan di 
Thailand.Kedua-dua lelaki itu meninggalkan Iran pada 22 Februari mengguna-
kan pasport negara itu.

Duta Iran ke Malaysia, Mohammad Jalal Firouznia mengesahkan kedua-dua 
lelaki itu memperoleh visa daripada Kedutaan Malaysia di Tehran dan mereka 
tiba ke negara ini menerusi penerbangan dari Doha, Qatar.Semalam, Pemangku 
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengesahkan 
juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantunya Fariq Abdul Hamid 
tidak meminta untuk penerbangan bersama ke Beijing.

Beliau yang juga menteri pertahanan bagaimanapun berkata, polis menggeledah 
rumah juruterbang yang mempunyai simulator penerbangan dan rumah 
pembantu juruterbang itu pada Sabtu.Hishammuddin berkata, Malaysia 
sentiasa berkerjasama dengan agensi penguatkuasa antarabangsa sejak hari 
pertama sekali gus menafikan laporan media antarabangsa yang mengatakan 
kerajaan menolak bantuan polis antarabangsa Interpol untuk mengesan lokasi 
pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu.

Semalam, ABC News melaporkan Malaysia berkali-kali menolak bantuan Interpol
untuk mencari pesawat MH370.Bercakap kepada ABC News di AS, seorang 
pegawaiyang tidak mahu dinamakan itu menuduh kerajaan Malaysia menyem-
bunyikanmaklumat dan menolak tawaran Interpol untuk membantu.

“Ini merupakan taktik lama sebelum tragedi 9/11: Sembunyikan maklumat, 
jangankongsi dengan sesiapa,” kata pegawai tersebut seperti dilaporkan ABC 
News dilaman sesawangnya merujuk kepada tragedi 11 September 2001 satu 
ketika dahulu.The Malaysian Insider
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.