Sekadar Gambar Hiasan
PARIT BUNTAR – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang di sekitar
kawasan Alor Pongsu, Bagan Serai sejak dua bulan lalu ditemui Ketua Kampung
Bukit Merah di sebuah rumah penduduk di Lembah Beriah, bulan lalu.

Bagimanapun, rahsia remaja berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang dari rumah
ibunya di Langkawi, Kedah pada awal Januari lalu terbongkar setelah dia 
dikatakanmengikut ‘abang angkatnya’ pergi ke Alor Pongsu, Bagan Serai tanpa 
pengetahuan keluarga.

Ketua Kampung Bukit Merah, Mohamad Nor Hassan berkata, pihaknya 
difahamkanremaja itu sudah menginap di beberapa rumah rakan lelakinya 
sebelumditemui dikediaman berkenaan. Menurutnya, dia menyerahkan remaja 
itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kerian, sebelum 
dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Kuala Kangsar untuk perlindungan
sementara.

“Sewaktu remaja itu ditemui, saya ada bertanyakan punca dia lari rumah.
 Remaja itu mendakwa dia keluar rumah sebab tidak tahan dengan perangai
 ibunya yang dikatakan terbabit aktiviti gadis pelayan pelanggan (GRO).

“Bagaimanapun, alasan diberikan remaja itu tidak benar setelah latar 
belakangnyadiselidik. Saya mengetahui ibunya bekerja sebagai nelayan di 
Langkawi,” katanyasewaktu ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret Parit 
Buntar, semalam.

Mohammad Nor berkata, ketika disoal selidik, remaja terbabit mendakwa dia 
sudah melakukan hubungan #seks bersama lebih 10 lelaki sejak berada di 
kawasan AlorPongsu. Beliau berkata, bagaimanapun, remaja itu enggan 
memberikan kerjasamaapabila ditanya mengenai identiti kesemua individu 
terbabit.

“Seminggu selepas dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Kuala 
Kangsar,saya terkejut dihubungi pengurusan rumah berkenaan memaklumkan 
remaja itu cubamelarikan diri bersama lapan penghuni lain.“Tindakan itu amat 
mengejutkan dan saya terpaksa menghubungi ahli keluarga terdekatnya untuk 
memaklumkan perkaraitu,” katanya.

Sementara itu, ibu saudara remaja berkenaan yang enggan dikenali berkata, dia
pernah mengajak anak saudaranya tinggal bersamanya pada Oktober tahun lalu.
Katanya, ajakan itu dibuat berikutan dia kasihan dengan keadaan ibu remaja 
berkenaan yang sering mengadu mengenai sikap liar anaknya.

“Ibu remaja berkenaan merupakan bekas kakak ipar saya dan saya pernah 
 menjagaanak saudara saya sejak berusia tujuh hingga 10 tahun disebabkan 
 tidak mahuemosinya terjejas dengan keretakan rumah tangga ibu bapanya 
 pada ketika itu,”katanya.

Ibu saudara remaja itu berkata, anak saudaranya ada memintanya membelikan
sebuah telefon pintar atas alasan mahu melayari laman sosial Facebook. 
Bagaimanapun,dia tidak menyangka remaja bertindak menghilangkan diri 
seminggu selepas diberikan telefon pintar berkenaan.

Sementara itu, sumber JKM ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan 
menyatakan perintah mahkamah sudah dikeluarkan ke atas remaja tersebut bagi 
membolehkan hak penjagaan diserahkan kembali kepada waris. - Sinar Harian
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.