Agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) masih belum dapat mewujudkan 
sebarangperkaitan kumpulan penggnas antara kapten kapl MH370 dan 
Pembantunya sehingga kini. Namun, sebahagian pegawai kanan persikan 
negara itu beranggapan,pihak yang merampas kapal itu melarikannya ke 
lokasi yang tidak diketahui mungkin mahu menggunakannya untuk 
rancangan masa akan datang.

Mereka beranggapan, tindakan melarikan MH370 adalah ‘dry run’ atau 
percubaan awal untuk serangan pengganas di masa hadapan.“Ia lebih kepada 
usaha untuk melihat apakah kapal boleh dilarikan dan disorokkan daripada 
radar,” kata salah seorang pegawai berkenaan kepada media di negara itu.

Menurutnya, kenyataan itu tidak boleh ditolak kerana wujud bukti yang 
cukup bahawa kapal berkenaan terus terbang selama beberapa jam selepas 
dari waktu ia dilaporkan hilang. MH370 dengan ratusan penumpang 
serta anak kapal hilang dari radar awam pada 8 Mac lalu.

Sabtu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan 
bahawa semua sistem komunikasi kapal itu telah dimatikan dengan sengaja 
dan dilencongkan dengan niat ke lokasi baru yang sedang disiasat.Beliau 
bagiamanapun tidak menggunakan istilah ia dirampas.Mynewshub.my
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.