PAKAR PERSOAL PERTAHANAN MALAYSIA

By: Unknown →
                       SEBUAH pesawat pejuang jenis MiG-29N milik  
                               Tentera Udara Diraja Malaysia.

LONDON - Kehilangan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) sejak 
8 Mac lalu menimbulkan persoalan berhubung kemampuan Tentera Udara 
DirajaMalaysia (TUDM) dalam menangani ancaman dari udara.

Siaran berita Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan, maklumat 
terbaru bukan sahaja menimbulkan misteri berhubung kehilangan pesawat 
MH370 tetapi persoalan mengapa TUDM tidak bertindak selepas menyedari 
kapal terbang tersebut berpatah balik.

Pihak berkuasa Malaysia mendedahkan, radar tentera mengesan sebuah 
pesawat tidak dikenali yang kemudian disahkan pesawat MH370 berpatah 
balik dan melintasi semenanjung negara itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan diambil oleh tentera udara negara itu.
"Di mana tentera udara ketika semua ini berlaku?" kata bekas juruterbang 
Tentera Udara Britain dan penganalisis aeroangkasa, Andrew Brookes.

"Sejak serangan pengganas terhadap Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 
2001 semua pertahanan udara di seluruh dunia sentiasa berjaga-jaga dengan 
kejadian rampasan pesawat yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang 
sasaran tertentu.

"Di Malaysia terdapat bangunan penting seperti Menara Berkembar Petronas 
yang mungkin menjadi sasaran kumpulan pelampau," tambahnya.Ujar Brookes, 
ketika pesawat MH370 dikesan berpatah balik semasa dalam penerbangan dan 
mengubah ketinggian secara mendadak ia sepatutnya mencetuskan amaran 
kepada pihak tentera yang mengendalikan radar.

Akhbar The Telegraph melaporkan seorang pakar berkata, kebanyakan negara 
yang mempunyai pertahanan udara yang canggih akan mengesan pesawat 
musuh pada jarak beratus-ratus kilometer dan menghantar pesawat untuk 
Memintasnya.

TUDM mempunyai beberapa jet pejuang canggih seperti Sukhoi S30, MiG-
29N dan F18 serta sering mengadakan latihan bersama tentera udara dari 
negara lain seperti Britain, Australia, New Zealand dan Singapura.

Di negara di Amerika Utara dan Eropah terdapat kerjasama rapat antara 
pihak tentera udara dan menara kawalan trafik. Sekiranya radar tentera 
mengesan satu objek tidak dikenali atau mencurigakan, prosedur normal 
adalah berhubung dengan menara kawalan untuk pengesahan pesawat.

Jika pesawat itu tidak dikenali pihak tentera akan membuat hubungan radio 
dan sekiranya gagal jet pejuang dengan segera akan dihantar bagi memintas 
kapal terbang tersebut.-Kosmo
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.