Gambar dan laporan asal REUTERS artikel ihsan Kosmo Online beberapa
tentera Afghanistan berkawal di Ghaziabad yang merupakan salah satu kubu
kuat pejuang Taliban di negara itu.
LONDON – Para penyiasat kini menyiasat kemungkinan pesawat Penerbangan
Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu berjaya melepasi sistem radar
beberapa negara dan kini berada di sempadan Afghanistan yang merupakan
kubu kuat pejuang Taliban, lapor akhbar The Independent kelmarin.
Pesawat berkenaan yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur,
Malaysia menuju ke Beijing, China di percayai dilencongkan oleh seseorang
yang mahir mengendalikan kapal terbang jenis Boeing 777-200 tersebut.
Pihak berkuasa Malaysia difahamkan membuat permohonan diplomatik bagi
menyiasat teori bahawa pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak
kapal tersebut terbang ke salah satu kubu kuat Taliban di sempadan
Afghanistan berhampiran barat laut Pakistan.
Para pegawai yang terlibat dalam siasatan berkenaan memberitahu permohonan
diplomatik penuh diminta kerajaan Malaysia bagi memastikan kebenaran
teori pesawat itu diterbangkan ke kawasan tersebut yang tidak dikuasai oleh
mana-mana kerajaan.
Sebahagian besar selatan Afghanistan dan barat laut Pakistan dikuasai oleh
pejuang Taliban.Seorang jurucakap MAS berkata, wilayah berkenaan melibatkan
bidang kuasa tertentu di mana pihak berkuasa Malaysia dan Jabatan Penerban-
gan Awam perlu mendapatkan kebenaran.
“Wilayah ini terletak di Pakistan dan Afghanistan dan kami tidak boleh men-
yiasat dakwaan tersebut tanpa mendapat kebenaran daripada kedua-dua
negara itu,” katanya.Wilayah tersebut mempunyai pertahanan udara yang ketat
dan turut mempunyai beberapa pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) dan
beberapa negara lain.Bagi sesebuah pesawat komersial melintasi kawasan itu
tanpa dikesan radar memerlukan satu peralatan navigasi yang canggih selain