India nafi MH370 diguna untuk serang negara itu

By: Unknown →
REUTERS sebuah kapal Tentera Laut India, INS Kesari, yang terlibat dalam 
operasi mencari pesawat MH370 tiba di Pelabuhan Blair di Pulau Andaman 
semalam.

NEW DELHI - Kerajaan India menolak laporan kononnya pesawat Penerbangan 
Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu dihalakan ke negara itu untuk 
tujuan seperti serangan terhadap Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 
2001.

Menteri Luar India, Salman Khurshid berkata, negara itu tidak menerima 
sebarang petunjuk tentang serangan seumpama itu."Saya tak fikir kita pergi 
sejauh itu. Namun agensi keselamatan akan mengkaji segala kemungkinan," 
katanya kepada saluran CNN-IBN.

Bagaimanapun, beliau menegaskan agensi-agensi keselamatan akan mengkaji 
segala sudut, dan memberi jaminan India akan berusaha sedaya upaya 
membantu operasi menyelamat."Kami akan beri mereka apa yang perlu 
termasuk sokongan dari segi sumber tenaga, kapal dan kelengkapan."India 
membekalkan bilangan terbesar kapal dan kami akan terus berbuat demikian 
sedaya upaya kami," ujarnya.

India merupakan satu daripada beberapa negara yang diminta oleh Malaysia 
untuk membantu dalam operasi mencari pesawat MAS yang hilang itu.Negara itu 
terletak di koridor Utara, laluan kemungkinan dilalui pesawat MH370 tersebut
selepas ia hilang daripada radar pada 8 Mac lalu. - Kosmo
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.