PAKAR KRITIK PIHAK BERKUASA MALAYSIA

By: Unknown →
Pihak berkuasa Malaysia menjadi sasaran kritikan pakar penerbangan kerana 
menyalurkan apa yang dipercayai sebagai spekulasi mengelirukan berhubung 
pesawat MH370.

Memetik peguam yang pernah terlibat dalam insiden lain sebelum ini, The 
Guardian melaporkan, ketiadaan maklumat menjadi misteri yang cenderung 
menyokong tanggapan berlakunya kesilapan.

“Jika pesawat dalam keadaan terkawal, ia sudah tentu akan dikesan radar 
atau komunikasi radio.

“Kelompongan maklumat ini mencadangkan terdapat kegagalan besar dan ia 
berlaku secara tiba-tiba,” kata Steve Marks, peguam di firma Amerika Syarikat  
Podhurst Orseck, yang mewakili keluarga mangsa dalam insiden SilkAir (1997) 
dan Air France (2009).

Marks dilapor meragui maklumat yang dikeluarkan Malaysia.sumber
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.