Selepas lebih 80 jam pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 hilang,
beberapa anggota keluarga masih berharap berlaku keajaiban kesemua
penumpang dan anak kapal dapat pulang dengan selamat.
Selamat Omar, 60, bapa kepada penumpang yang dikenali sebagai Mohd
Selamat Omar, 60, bapa kepada penumpang yang dikenali sebagai Mohd
Khairul Amri, tetap tidak berputus untuk berdoa walaupun beliau reda
dengan segala ketentuan Allah S.W.T.
"Memang sedih sebab belum ada khabar berita, tapi kami berharap pihak
"Memang sedih sebab belum ada khabar berita, tapi kami berharap pihak
berkuasa dapat menemui pesawat itu secepat mungkin, walaupun hanya
rangkanya sahaja," katanya kepada Bernama, di Putrajaya hari ini.
Mohd. Khairul, 29, yang merupakan seorang jurutera pergi ke Beijing kerana
Mohd. Khairul, 29, yang merupakan seorang jurutera pergi ke Beijing kerana
urusan kerja untuk membaiki sebuah jet milik syarikat persendirian di sana.
Selamat juga berpuas hati dengan segala maklumat yang disampaikan pihak
Selamat juga berpuas hati dengan segala maklumat yang disampaikan pihak
MAS dan kecewa dengan kejadian baling botol kepada petugas MAS di
China oleh keluarga penumpang MH370 yang mendakwa syarikat
penerbangan itu lambat menyampaikan maklumat kepada mereka.
"Sebenarnya pihak MAS sentiasa terbuka menerima apa saja persoalan yang
"Sebenarnya pihak MAS sentiasa terbuka menerima apa saja persoalan yang
dikemukakan oleh waris untuk mengetahui keadaan semasa. MAS pun
tertakluk kepada pihak berkuasa kerana bukan MAS yang pergi mencari tapi
agensi penguatkuasa kerajaan yang pergi mencari," ujarnya lagi.
Beliau juga hairan dengan laporan yang menyatakan keluarga penumpang
Beliau juga hairan dengan laporan yang menyatakan keluarga penumpang
di China yang dapat menghubungi anggota keluarga mereka.
"Saya amat hairan mereka kata mereka dapat, tapi kita di sini cuba tak
"Saya amat hairan mereka kata mereka dapat, tapi kita di sini cuba tak
dapat pun. Malah kredit kita lagi habis," katanya.
Sementara itu, ibu kepada seorang lagi penumpang, Mohamad Sofuan
Sementara itu, ibu kepada seorang lagi penumpang, Mohamad Sofuan
Ibrahim, 33, Wan Tom Wan Chik, 74, juga meluahkan harapannya agar satu-
satunya anak lelakinya itu dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.
"Makcik takkan putus asa berdoa. Itu sahaja yang mampu dilakukan sekarang,"
"Makcik takkan putus asa berdoa. Itu sahaja yang mampu dilakukan sekarang,"
katanya dengan sebak.
Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang
Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang
ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam
setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada
pukul 12.41 pagi Sabtu.- Bernama