KUALA LUMPUR: Pendakwa raya Perancis telah membuka kertas siasatan
kehakiman pada Selasa untuk menyiasat kemungkinan ‘pembunuhan’ ekoran
kehilangan empat warganegara itu bersama pesawat Malaysia Airlines
MH370 pada Sabtu lepas.
Menurut laporan awal AFP, ini adalah amalan biasa negara itu.
Ketua Media Kedutaan Perancis di Malaysia, Damien Syed mengesahkan
Menurut laporan awal AFP, ini adalah amalan biasa negara itu.
Ketua Media Kedutaan Perancis di Malaysia, Damien Syed mengesahkan
laporan itu dan berkata ianya hanyalah sisatan awal.
"Ia adalah sangat biasa bagi Perancis untuk berbuat demikian. Setiap kali
"Ia adalah sangat biasa bagi Perancis untuk berbuat demikian. Setiap kali
seorang warganegara Perancis maut di luar negara, pendakwa raya Perancis
biasanya akan membuka kertas siasatan awal untuk menyelidik mereka, "
katanya.
Peguam Malaysia, Datuk Mohd Haziq Pillay pula berkata siasatan kehakiman itu
Peguam Malaysia, Datuk Mohd Haziq Pillay pula berkata siasatan kehakiman itu
terlalu awal kerana setakat ini tidak ada bukti mengenai apa yang berlaku
kepada MH370.
"Saya tidak menentang siasatan kehakiman, namun pendakwa raya Perancis
perlu sedar bahawa kita sedang melalui masa yang sukar sekarang, dan
mereka tidak seharusnya membuat spekulasi ," katanya kepada Astro AWANI.
Beliau berkata perlu ada dua syarat untuk siasatan kehakiman kemungkinan
Beliau berkata perlu ada dua syarat untuk siasatan kehakiman kemungkinan
‘pembunuhan’ iaitu perlu ada kematian dan pihak Perancis harus membuktikan
kecuaian yang membawa kepada terhempasnya pesawat tersebut.
Mohd Haziq turut merasakan bahawa sekiranya siasatan itu diteruskan, ia akan
Mohd Haziq turut merasakan bahawa sekiranya siasatan itu diteruskan, ia akan
menjatuhkan nama Malaysia dan peranan yang dimainkan olehnya di persada
anatarabangsa.
Sementara itu, peguam Syariah Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir berkata
Sementara itu, peguam Syariah Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir berkata
siasatan itu tidak masuk akal kerana perlu ada bukti jenayah dan pada ketika
ini, ia tidak wajar untuk menuduh mana-mana pihak.
Nizam berkata apa-apa siasatan yang dilakukan oleh mereka akan bertentangan
Nizam berkata apa-apa siasatan yang dilakukan oleh mereka akan bertentangan
dengan pihak lapangan terbang.
Semalam, Pihak Polis Antarabangsa (Interpol) menolak kemungkinan keganasan
Semalam, Pihak Polis Antarabangsa (Interpol) menolak kemungkinan keganasan
di dalam kejadian ini.
Empat penumpang Perancis yang dikenal pasti adalah Laurence Wattrelos, 52,
dan anak-anaknya Hadrien, 17 dan Ambre, 14 serta teman wanita Hadrien, Zhao
Yan, 18.sumber