NEW DELHI - India sedang mengikuti dengan teliti perkembangan ber-
hubung dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang ketika dalam
penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
    
Antara penumpang penerbangan MH370 itu ialah lima warganegara India.
Sejak kelmarin, Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur dan Kedutaan 
India di China dan Korea telah menghubungi saudara-mara kelima-lima
rakyat India yang berada di dalam pesawat itu dan memberi jaminan 
tentang bantuan dan sokongan daripada negara berkenaan, menurut kenyataan 
Kementerian Hal Ehwal Luar hari ini.
    
Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur juga berhubung rapat dengan pihak 
berkuasa Malaysia dari semasa ke semasa berhubung dengan perkembangan itu.
 
"Doa dan ingatan kami buat keluarga penumpang pesawat berkenaan dan kami 
mendoakan semoga mereka selamat. Kami menghargai usaha Kerajaan Malaysia 
untuk mengesan pesawat yang hilang itu," menurut kenyataan itu. - Bernama
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.