KUALA LUMPUR: Setelah hampir 48 jam sejak Sabtu, pihak berkuasa Malaysia 
dan beberapa negara lain masih tidak dapat menemui pesawat MH370 yang 
hilang.

Dalam sidang media pada 8.15 malam tadi, Ketua Pengarah Jabatan 
Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengumumkan 
operasi mencari dan menyelamat pesawat itu masih berjalan.

Katanya, kawasan operasi yang terlibat telah berkembang daripada 20 batu 
nautika kepada 50 batu nautika.

Ia melibatkan sejumlah 34 pesawat dan 40 kapal daripada Vietnam, China, 
Singapura, Indonesia, Thailand, Amerika Syarikat, Filipina, dan Australia.
“Mereka menjumpai objek (dekat pulau Tu Jo), tetapi ia bukan daripada 
bahagian pesawat,” Azharuddin menjawab soalan wartawan.

Sebelum ini, beberapa media melaporkan bahawa pihak berkuasa Singapura 
telah menjumpai objek yang mencurigakan 100km daripada pulau Tho Chu 
di Vietnam.

Ditanya mengenai perkembangan siasatan keatas pasport curi yang didakwa 
digunakan oleh penumpang, Azharuddin menegaskan fokus sekarang adalah 
tertumpu kepada operasi mencari dan menyelamat. sumber
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.