Australia pada pagi Isnin menghantar pesawat RAAF kedua dari Darwin untuk 
mencari pesawat Malaysia Arlines (MAS) Boeing 777-200ER yang hilang sejak 
awal Sabtu Australia menghantar RAAF AP-3C Orion pada malam Ahad dan 
pesawat kedua berlepas dari Darwin pada 8.30 pagi (AEDT) pada Isnin, 
menurut Australian Associated Press.

Marshal Udara Mark Binskin berkata pesawat mengawal maritim dan 
pemantauan jarak jauh dilengkapi dengan alat pengesan yang sesuai 
dengan operasi.Terdapat 18 anak kapal Australia di setiap jet RAAF.

Enam rakyat Australia dan dua New Zealand, seorang yang tinggal di Perth 
berada di dalam pesawat MAS yang hilang di Laut China Selatan awal pagi Sabtu, 
sejam selepas penerbangan yang sepatutnya mengambil masa enam jam dari 
Kuala Lumpur ke Beijing.

Pihak berkuasa menyiasat hubungan dengan keganasan, berikutan dua 
penumpang pesawat itu yang membawa 227 penumpang disyaki menggunakan 
pasport curi.Menteri Luar Australia, Julie Bishop menghubungi rakan 
sejawatannya dari Malaysia untuk memberi sokongan.Beliau berkata laporan 
kehilangan pasport menjadi tumpuan.

"Mungkin tidak terdapat kaitan langsung tetapi ia merupakan perkembangan 
membimbangkan," Bishop memberitahu radio ABC pada Isnin.
"Para pegawai kami sentiasa menghubungi pihak berkuasa di Malaysia."

Malaysia telah menubuhkan pusat penyelarasan menyelamat dengan puluhan 
kapal dan pesawat sedang mencari pesawat yang hilang, katanya.Vietnam, 
Filipina, Amerika Syarikat, Singapura dan China turut menghantar bantuan 
untuk menyertai usaha mencari.Keluarga rakyat Australia yang berada di atas 
pesawat itu menerima bantuan kaunselor, kata Bishop. - Bernama, 10 Mac, 
2014.
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.