KUALA LUMPUR: Vietnam telah menggantung operasi mencari dan 
menyelamat pesawat MH370 di udara sementara menunggu Malaysia 
untuk menjelaskan hala tuju baru dalam pencarian pesawat yang hilang
secara tiba-tiba pada Sabtu lepas.

Selain itu, menurut laporan AFP,  operasi pencarian di laut turut dikecilkan 
skalanya.

"Kami telah membuat keputusan untuk menggantung sementara beberapa 
aktiviti mencari dan menyelamat, sementara menunggu maklumat daripada 
Malaysia," kata laporan itu memetik kata-kata Timbalan Menteri Pengangkutan 
Vietnam Pham Quy Tieu sambil menambah bahawa bot masih mencari kawasan
pearairan negara itu, tetapi pada skala yang lebih kecil.

Malaysia telah memperluaskan pencarian untuk pesawat yang hilang itu ke 
Laut Andaman, ratusan kilometer ke arah barat laut dari radius pencarian 
semula.

Sebelum ini akhbar Berita Harian melaporkan bahawa pencarian digerakkan ke 
kawasan perairan Selat Melaka, berhampiran Pulau Perak, susulan ada isyarat 
yang diterima oleh Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 
Butterworth.

Namun, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menafikan 
laporan itu sambil berkata akhbar tersebut tersalah lapor.

“Kami sudah bertanya kepada pihak berkuasa Malaysia dua kali, tetapi 
sehingga sekarang mereka tidak memberi jawapan kepada kami,” kata 
Pham Quy Tieu apabila ditanya tentang laporan tersebut.

Sehingga ini, nasib pesawat itu, yang membawa 227 penumpang dan 12 
anak kapal dari 14 negara termasuk Malaysia, masih tidak lagi diketahui.

Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu 
dilaporkan hilang dari radar kira-kira pukul 1.40 pagi Sabtu.sumber
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.