Denver: Sebuah syarikat satelit berpengkalan di Colorado, Amerika Syarikat 
menyediakan khidmat atas talian untuk orang ramai dapat membantu dalam 
misi pencarian pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang.DigitalGlobe 
(www.digitalglobe.com) memiliki dan mengendalikan lima satelit persendirian 
dan imej yang diperoleh berjarak 400 batu dari bumi jelas dan tepat.

Orang ramai boleh melayari www.tomnod.com dan kemudiaan meletak nota 
sekiranya menemui sesuatu objek dan kemudiaannya menghantar ke saluran 
rasmi.Konsep pencarian sistem satelit ini dipanggil pengumpulan sumber 
(crowdsourcing), tujuannya adalah mendapatkan seramai mungkin penjejak 
gambar tersebut dengan cubaan untuk mendapatkan petunjuk.

“Ini adalah seperti masalah mencari jarum dalam timbunan jerami. Berbezanya, 
jerami itu berada di tengah lautan,” kata Luke Barrington, jurucakap daripada 
DigitalGlobe yang dipetik dalam laman Courierpress.com

“Kami gesa anda tandakan sebarang perkara menarik, petunjuk bangkai 
ataupun rakit keselamatan.”Sebelum ini, beberapa imej yang dikumpulkan 
oleh syarikat tersebut berjaya menjejak kerosakan bencana alam termasuk 
di Moore, Okla, ribut taufan tornado dan banjir besar di Colorado.

Teknologi tersebut juga membantu mengesan dua pendaki yang hilang di Peru.
Semakan di laman rasmi syarikat tersebut mendapati DigitalGlobe merupakan 
pemain industri dalam pertahanan dan risikan serta penglibatan dalam sistem 
satelit kepada kerajaan Amerika Syarikat dan beberapa pelanggan lain di seluruh 
Dunia.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 227 penumpang 
serta 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari 
Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang, pada pukul 12.41 pagi Sabtu.

Sementara itu, misi mencari dan menyelamat sudah lebih 100 jam masih gagal 
menemui petunjuk baru.Beberapa negara juga turut menyertai operasi, antara-
nya Vietnam, Jepun, China, Singapura, Indonesia dan Amerika Syarikat.
Misteri kehilangan pesawat MH370 tersebut masih menjadi tanda tanya.
Yahoo News via Malaysian Insider
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.