Pesawat MAS MH370: Vietnam membekukan operasi mencari hari ini 
kerana kekeliruan maklumat dari media kerajaan. Manakala kritik lebih 
hebat sikap kita dalam mengurus krisis yg menjadi perhatian dunia 
boleh dibaca di sini. Tiada siapa menyalahkan sesiapa jika sistem kita 
up to date dan badget untuk krisis sebegini sementelah lagi berpunca 
dari tragedi awal Lahad Datu diberi keutamaan MKN.

Semua orang tidak sabar dalam hal ini namun yg paling tidak sabar 
sikap jawapan dalam TIN ‘Tiada Peruntukan atau Bajet’ dalam hal 
hal yg sangat kritikal. MRM kita sedang diuji……….. Benar seperti 
kata Tun Mahathir skrg bukan masa menyalahkan sesiapa namun jika 
sebelum ini mereka dipersalahkan apakah ia membuat mereka berfikir? 
Jawapannya tentu sekali tidak!

#MH370 Time Travel Is Real – Majalah Review Malaysia – MRM / 
Gambar PM Najib sedang berdoa di Parlimen semalam oleh The Star 
Online.

Kuala Lumpur: Akhbar antarabangsa New York Times (NYT) mengkritik 
maklumat tidak tepat oleh kerajaan Malaysia mengenai kehilangan 
penerbangan MH370, serta kenyataan pemimpin negara yang bercanggah 
dengan tentera.

Pendedahan pesawat Malaysian Airlines (MAS) menukar laluan dan 
kemungkinan berpatah balik oleh tentera menunjukkan Malaysia tidak 
mempunyai maklumat tepat lokasi sebenar pesawat tersebut, kata NYT.
“Tapi kerajaan dan syarikat penerbangan (MAS) masih juga mengeluarkan 
maklumat tidak tepat, tidak lengkap dan kadang kala tidak tepat dengan 
pegawai awam berbeza dengan pemimpin tentera,” kata NYT dipetik 
berkata dalam artikel bertajuk “Malaysia Jet May Have Taken New 
Route Before Vanishing”.

Semalam Berita Harian melaporkan Tentera Udara Diraja Malaysia 
(TUDM) tidak menolak kemungkinan pesawat tersebut berpatah balik 
ke Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas dikesan 
dengan radar tentera.Kawasan mencari dan menyelamat juga diperluaskan 
sehingga ke Selat Melaka bagi melihat sebarang kemungkinan.

Jeneral Tan Sri Datuk Sri Rodzali Daud mendedahkan wujud isyarat 
MH370 cuba berpatah balik berdasarkan maklumat daripada radar TUDM.
Pendedahan tersebut berbeza dengan maklumat awal diberikan oleh MAS 
yang mengatakan lokasi terakhir sebelum terputus hubungan pagi Sabtu 
adalah di perairan Laut Cina Selatan, sempadan antara Malaysia dan 
Vietnam.Menurut NYT, pengumuman tersebut menyebabkan banyak pihak 
terkeliru, mempersoalkan mengapa pendedahan tersebut lewat diberitahu.

“Malaysia, sanggup kamu sembunyikan perkara besar ini sehingga 
kini,” lapor NYT memetik pengguna laman sosial Sina.com Weibo 
yang meluahkan kemarahan.

Pendedahan ketiga oleh MAS menambahkan kekeliruan, ia berkata pihak 
berkuasa “melihat kemungkinan” pesawat menuju ke Subang, lapangan 
terbang yang mengendalikan penerbangan domestik.

Sikap tidak konsisten kerajaan Malaysia dalam mengawal krisis kemudian 
bertambah buruk selepas Polis Diraja Malaysia mengeluarkan kenyataan 
bercanggah dengan MAS, kata NYT.
“Polis mengatakan tiada bagasi yang dipunggah daripada pesawat sebelum 
berlepas pada Sabtu lalu, berbeza dengan kenyataan pegawai awam sejak 
tiga hari lalu,” kata NYT yang dipetik dalam artikel tersebut.

Sehingga Isnin Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengatakan ia berlaku 
dan bagasi dipunggah masuk dan melepasi pemeriksaan keselamatan.
Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengatakan ia 
tidak berlaku dan MAS mengesahkannya pada sebelah petang.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 227 
penumpang serta 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam 
selepas berlepas dari KLIA di Sepang, pada jam 12.41 pagi Sabtu.

Sementara itu, misi mencari dan menyelamat yang masuk hari kelima 
masih gagal menemui petunjuk baru.Beberapa negara juga turut 
menyertai operasi, antaranya Jepun, China, Singapura dan Amerika 
Syarikat.Misteri kehilangan pesawat MH370 tersebut masih menjadi 
tanda tanya. Malaysian Insider via Yahoo News
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.