KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu
Bakar, hari ini mengecam keras usaha mengaitkan Barisan Nasional (BN)
berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak 8 Mac.
Khairy dalam satu kenyataan yang disiarkan di lama Facebooknya merujuk
Khairy dalam satu kenyataan yang disiarkan di lama Facebooknya merujuk
liputan media asing yang membuat laporan seolah-olah kerajaan cuba mengait-
kan juruterbang pesawat itu, Kapten Zaharie Ahmad Shah dengan Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, BN tidak pernah mengaitkan secara Zaharie dengan PKR biarpun
sebelum ini Naib Presiden parti itu, R. Sivarasa yang mendedahkan bahawa
juruterbang itu menyokong parti berkenaan.
"Tak kiralah politik beliau, BN menghormati perasaan keluarga Kapten Zaharie.
"Tak kiralah politik beliau, BN menghormati perasaan keluarga Kapten Zaharie.
Kita tak pernah kaitkan apa-apa motif politik pada beliau."Yang mengambil
kesempatan berpolitik sekarang bukannya BN, tetapi Anwar yang sentiasa cuba
menjadi mangsa.
"Cukuplah, Anwar. Tak perlulah putar belit dan fitnah. Kamu sebenarnya yang
"Cukuplah, Anwar. Tak perlulah putar belit dan fitnah. Kamu sebenarnya yang
tidak menghormati Kapten Zaharie dengan putar belit yang cukup tidak bertang-gungjawab ini," katanya.
Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) yang dalam
penerbangan ke Beijing hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum
ditemui sehingga hari ini.Berita astro awani