Kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan
MH370 sejak Sabtu terus membingungkan pakar-pakar penerbangan
serata dunia.
Di tahap ini, seorang pakar penerbangan mengemukakan bukti sejarah
Di tahap ini, seorang pakar penerbangan mengemukakan bukti sejarah
yang boleh menjadi penyebab kepada kehilangan pesawat Boeing 777-
200ER berusia 11 tahun itu.
Sebab-sebab itu merupakan gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang
Sebab-sebab itu merupakan gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang
hingga membawa kepada kesan-kesan terkumpul, kerosakan struktur,
faktor kemanusiaan, cuaca buruk, kegagalan total elektrik dan rampasan
pesawat.
Menurut Perunding Ruang Angkasa dan Pertahanan Frost and Sullivan Asia
Menurut Perunding Ruang Angkasa dan Pertahanan Frost and Sullivan Asia
Pacific, Ravi Madavaram, tidak wujud faktor tunggal yang umumnya men-
yebabkan pesawat terhempas, tetapi gabungan kerosakan teknikal dan
keputusan juruterbang.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata kerosakan dan
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata kerosakan dan
keputusan jika berlaku bersendirian tidak membahayakan.
"Ini yang berlaku kepada Air France 447. Tidak ada isyarat kecemasan
"Ini yang berlaku kepada Air France 447. Tidak ada isyarat kecemasan
dari Air France 447 kerana pilot (juruterbang) tidak sedar bahawa mereka
akan terhempas hinggalah 10 saat sebelum ia berlaku," jelas beliau.
Mengenai kerosakan struktur, Madavaram berkata kegagalan struktur
Mengenai kerosakan struktur, Madavaram berkata kegagalan struktur
pesawat boleh menyebabkan pilot hilang kawalan.
"Ini yang berlaku kepada China Airlines Penerbangan 611, semasa terbang
"Ini yang berlaku kepada China Airlines Penerbangan 611, semasa terbang
di ketinggian 35,000 kaki pada 2002 bila Boeing 747 (Penerbangan 611)
terhempas akibat kesilapan dalam pembaikan kerosakan.
Menyentuh faktor kemanusiaan, beliau menegaskan tindakan yang di-
Menyentuh faktor kemanusiaan, beliau menegaskan tindakan yang di-
sengajakan seumpamanya oleh penumpang atau pilot hingga menyebabkan
pesawat terhempas telah ditonjolkan dalam insiden World Trade Centre 9/11.
Pakar itu menyatakan keadaan cuaca buruk seperti salji, kabus, hujan, dan
Pakar itu menyatakan keadaan cuaca buruk seperti salji, kabus, hujan, dan
ais boleh menjejas prestasi pesawat, yang berkemungkinan mengakibatkan
pesawat terhempas.
"Ini berlaku pada penerbangan sebuah pesawat Qantas pada 2008 di Bangkok.
"Ini berlaku pada penerbangan sebuah pesawat Qantas pada 2008 di Bangkok.
Pesawat itu mendarat dengan selamat dengan tenaga sokongan dari Auxiliary
Power Unit (APU)," katanya.
Madavaram menolak kemungkinan MH370 dirampas, kerana adalah
Madavaram menolak kemungkinan MH370 dirampas, kerana adalah
mustahil bagi pesawat itu terlepas dari semua imbasan radar dalam
kawasan penerbangannya.
Menjelas lanjut, beliau berkata setiap pesawat sivil komersial mempunyai
Menjelas lanjut, beliau berkata setiap pesawat sivil komersial mempunyai
alat pengesan, Emergency Locator Transmitters (ELT), dan ia akan diaktifkan
semasa pesawat terhempas bergantung pada kekuatan hentakan atau
maklumat diberikan juruterbang.
Beliau berkata satu lagi lampu isyarat (beacon) dilekatkan pada alat perakam
Beliau berkata satu lagi lampu isyarat (beacon) dilekatkan pada alat perakam
penerbangan atau kotak hitam dipanggil Underwater Locator Beacon (ULB),
dan lampur isyarat ini akan diaktifkan sebaik saja ia bersentuh dengan air.
"Andainya pesawat terhempas di air, ELT akan menghantar isyarat, tetapi ia
"Andainya pesawat terhempas di air, ELT akan menghantar isyarat, tetapi ia
tidak kalis air. ULB mula menghantar isyarat sebaik saja ia tersentuh dengan
air," kata beliau.
ELT dan beacon menggunakan bateri sendiri dan kegagalan elektrik tidak
ELT dan beacon menggunakan bateri sendiri dan kegagalan elektrik tidak
menjejas alat-alat ini.
"Bateri beacon atau beacon kotak hitam direka untuk hayat 28 hari. Jika
"Bateri beacon atau beacon kotak hitam direka untuk hayat 28 hari. Jika
beacon kotak hitam padam dan pesawat tidak dikesan dalam tempoh
tersebut, maka satu-satunya harapan ialah mencari serpihan dan dari
situ cuba mengesannya dengan gerak berundur," kata beliau.
- Bernama
- Bernama