Kuala Lumpur - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak
rakyat Malaysia bersatu hati dan bersama-sama menyokong segala usaha
habis-habisan yang sedang dilakukan untuk mengesan pesawat Malaysia
Airlines MH370 yang hilang sejak Sabtu.
"Kita kena bersama-sama dengan segala usaha yang dilakukan kerajaan,
"Kita kena bersama-sama dengan segala usaha yang dilakukan kerajaan,
bersatu hati dan berdoa," kata perdana menteri ketika ditemu bual stesen
televisyen AlHijrah.
"Mudah-mudahan Insya-Allah apa yang kita harapkan sesuatu pengetahuan
"Mudah-mudahan Insya-Allah apa yang kita harapkan sesuatu pengetahuan
yang boleh menutup isu ini sama sekali akan dapat kita kesan tidak berapa
lama lagi," katanya.
Datuk Seri Najib mengingatkan bahawa bagi umat Islam, mereka diajar
Datuk Seri Najib mengingatkan bahawa bagi umat Islam, mereka diajar
supaya menerima hakikat bahawa Allah menentukan segala-galanya, dan
perlu menerima qada dan qadar Ilahi.
"Kita perlu menghadapi ujian besar Allah ini dengan penuh ketenangan,
"Kita perlu menghadapi ujian besar Allah ini dengan penuh ketenangan,
kita mesti berusaha sedaya upaya kita, dengan segala kemampuan dan
kekuatan yang ada pada kita.
"Ini yang sedang diusahakan habis-habisan oleh kerajaan," katanya.
"Ini yang sedang diusahakan habis-habisan oleh kerajaan," katanya.