Seorang petani mendakwa melihat satu pesawat dengan bahagian ekor terbakar
terbang rendah melintasi Tumpat menuju ke arah laut pada kira-kira jam dua
pagi Sabtu lalu.
Laporan Sinar Harian memetik kenyataan saksi, Ibrahim Konok yang mendakwa

melihat api di bahagian ekor pesawat tersebut, dengan logo MAS.
“Logo MAS jelas kelihatan pada badan pesawat itu, ia terbang menghala ke arah

pantai Sri Tujoh.
“Pakcik juga nampak api seperti ada kebakaran kecil di ekor pesawat itu.

Ia jelas kelihatan kerana pesawat itu melintas di atas kepala pakcik,” katanya.
Ibrahim, 60 berkata beliau melihat kejadian itu ketika berehat semasa

mengusahakan kebun cilinya pada dinihari itu.
Beliau melakukan kerja-kerja tersebut pada waktu malam kerana keadaan

cuaca yang terlalu panas pada masa ini.
Beberapa orang saksi lain turut melihat kelibat pesawat terbang rendah di

kawasan sekitar Kota Bharu pada kira-kira jam 1.45 pagi, lapor Sinar Harian.